Post by penasenja on Jan 15, 2006 1:22:44 GMT -5
Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa
berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu
datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika
memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian.
Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde
apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya
bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan
perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap
dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar
seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya
diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat
saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang
saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak.
Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri.
Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa
yang saya alami itu.
Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati
ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama
yang mama tak ampunkan?" Tak ada apa-apa. Mama restu
dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih
tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati
lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah
tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam
keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi.
Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang
wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat,
"Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan
apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada
buat salah, tapi mam tak nak bagitau." Airmata sudah
membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula.
Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu
bersuaratapi terdiam kembali.
Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mam
asusah nak lupakandan sesakali ingatan itu datang akan
membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika
membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu
mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih
berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama
menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal
ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu
sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak
cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama
mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri
ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik
peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan
adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak
melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta
Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan
merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya
mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang
penuh terpaksa."
Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba
bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri
pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan
perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak
derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk
lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan
semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala
yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama
harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang
tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air
sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat
saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya
terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah
hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang
dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya
selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan
kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan
ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya
yeng terlibat dalam program motivasi turut
menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus.
Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya
harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu,
demi kebaikan didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di
sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai
lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan
depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang
d**etahui, penganjur program memaklumkan lelaki
tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek
kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan
telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana
mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak
tahulah nasib saya." Suara ellaki itu seakan sebak.
Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang
ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur
dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan
khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu
dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana
selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian.
Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun
dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.
"Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak
pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin
jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang
satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak
memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan,
taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan
amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak
kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan
perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik
mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'"
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya
membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil
duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si
ibu merend**nya denga peluntur. Mak gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk
dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati
telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah
muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang
tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih
mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada
apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan
'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat
tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung
hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka
doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari
seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu
berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?..
sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang
sombong dengan perbuatannya, sombong dengan
perkataannya." An-Nisa':36
And not equal are the blind and those who see, nor are
equal those who believe, and do righteous good deeds,
and those who do evil. Little do you remember!
Quran(24:58)
Wassalam.