|
Rasidah
Jan 14, 2005 23:06:33 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 14, 2005 23:06:33 GMT -5
[glow=red,2,300]Tanggal 13 Jan. 2005,lepas sembahyang maghrib jam 6.30 panggilan talipon dari staf mengatakan usth.rasidah masuk ICU( Unit raswatan rapi)..bergegas ain ke hospital,keluarga dan rakan tak dibenarkan masuk.......tapi bila rasidah sedar dan isyarat menulis minta mak long dan ain masuk ...
Aku dapat masuk atas permintaannya dgn menulis nota ditujukan kepada maklongnya ,tak tertahan melihat dia dgn wajar sana sini,tapi dia hanya dapat menulis ," Kak halalkan makan minum saya,jangan susah hati,saya ok..pesan kat rakan-rakan jangan susah hati, doakan saya" kertasnya masih aku simpan...
Aku disuruh keluar kerana pernafasann tak setabil tapi dia pegang erat tangan ku mengharap aku jgn keluar...rakan-rakan yg lain membaca tulisannya turut mengalir airmata.
aku masuk tak tertahan melihat dia dgn wajar sana sini,tapi dia dapat menulis kerana tak boleh bercakap,tulisannya" Kak halalkan makan minum saya,jangan susah hati,saya ok..pesan kat rakan-rakan jangan susah hati, doakan saya" kertasnya masih ain simpan... Aku disuruh keluar kerana pernafasann tak setabil tapi dia pegang erat tangan ain jgn keluar...rakan-rakan yg lain membaca tulisannya turut mengalir airmata.
Pada 14 Jan aku terpaksa ke Kota Kainabalu kerana urusan penting,..tapi di sek waktu asar mengadakan bacaan yasiin termasuk murid,PIBG untuk usth rasidah.
Tadi dalam perjalanan pulang ke Keningau,di daerah Tambunan panggilan talipon mengatakan usth rasidah dalam keadaan tenat....aku tak sempat balik ke rumah singgah ke hospital tapi doc tak benar sesiapa pun masuk ........aku begitu hampa tak dapat melihat keadaannya.
Kami hanya berdoa semoga usth rasidah cepat sembuh dan bertugas seperti biasa...Kami di sekolah semua sygkan dia kerana dia seorang yg rajin dan ringan tulang............. [/glow]
|
|
|
Rasidah
Jan 15, 2005 5:54:11 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 15, 2005 5:54:11 GMT -5
[glow=red,2,300]petang tadi waktu melawat,aku pergi ke hospital untuk melihat keadaannya...airmata menitis pilu melihat keadaannya...
Doctor memberitahu bahawa keadaannya sungguh kritikal bahagian kepala tak boleh menerima oksigen juga paru-parunya dijangkiti kuman...
[/glow]
|
|
Lin
Junior Member
Posts: 62
|
Rasidah
Jan 16, 2005 4:28:55 GMT -5
Post by Lin on Jan 16, 2005 4:28:55 GMT -5
Assalamualaikum ain! Sesama lah kita bermohon supaya diringankan beban kesakitan ustazah Rashidah... sesungguhnya Allah maha pengasih lagi penyayang...InsyaAllah... walaupun berat mata kita memandang...berubat itu dah pasti dan berserah serta bertawakkallah kepada Nya. Keajaiban Allah mengatasi segalanya semoga beliau semboh seperti sediakala..InsyaAllah
|
|
|
Rasidah
Jan 17, 2005 5:44:03 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 17, 2005 5:44:03 GMT -5
[glow=red,2,300] Semlm aku pergi melawat lagi melihat keadaannya....alhamdulillah usth Rasidah dah mula sedar dan memberi isyarat utk menulis tapi doc tak benarkan...juga kami semua tak dibenarkan melihatnya..utk menstabilkan dirinya....
Tadi ptg aku dan staf lain ke hospital.....setiba di hospital kami tak dibenarkan melihatnya ..tapi kami semua bersyukur kerana segala wayar dibadannya dah ditanggalkan dia boleh bernafas sendiri...dan doc berkata klu esok dia ok..akan ditempatkan di wad biasa........ Melihat keluarganya kini ceria dan lega...kami turut tumpang gembira.....
satu keajaiban dari Allah... [/glow]
|
|
|
Rasidah
Jan 18, 2005 10:47:26 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 18, 2005 10:47:26 GMT -5
[glow=red,2,300] Hari ini usth Rasidah dah pun mula minum juga berbual..kami semua bersyukur kerana dia dah pun pulih walaupun masih dalam keadaan lemah...dan berpesan ..kirim salam semua kat teman-teman di sek..jgn risaukan dia.....
kami berharap dan berdoa dia akan pulih sepenuhnya,dan dapat bersama-sama meraikan majlis Hari Ucapan dan penyampaian hadiah utk tahun 2004.... itulah harapan kami.......... [/glow]
|
|
|
Rasidah
Jan 23, 2005 8:56:51 GMT -5
Post by latiptalib on Jan 23, 2005 8:56:51 GMT -5
ain, elok kalau kisah rashidah dijadikan cerpen. kisah bermula bila ain hendak melawatnya di hospital. bagaimana perasaan sedih ain ketika itu. teringat kebaikannya pada ain. lepas tu boleh panjangkan lagi. cubalah.........
|
|
|
Rasidah
Jan 25, 2005 16:45:02 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 25, 2005 16:45:02 GMT -5
ain, elok kalau kisah rashidah dijadikan cerpen. kisah bermula bila ain hendak melawatnya di hospital. bagaimana perasaan sedih ain ketika itu. teringat kebaikannya pada ain. lepas tu boleh panjangkan lagi. cubalah......... [glow=red,2,300] Insya'allah ain akan cuba...semoga dapat penilaian dari sdr... [/glow]
|
|
|
Rasidah
Jan 25, 2005 16:48:30 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 25, 2005 16:48:30 GMT -5
[glow=red,2,300] Semalam sekali lagi kami guru-guru perrgi melawat rasidah......alhamdulillah dia telah pun dipindahkan ke wad biasa tapi penafasannya masih dibantu,dia boleh bercerita ...
Kami berharap dia cepat sembuh dapat bersama kami pada hari Ahad ni majlis penyampaian hadiah dan kecemerlangan pelajar.. [/glow]
|
|
|
Rasidah
Jan 30, 2005 8:34:44 GMT -5
Post by latiptalib on Jan 30, 2005 8:34:44 GMT -5
sdr ain, sampaikan salam saya pada Rashidah. saya turut bersimpati serta mendoakan kesihatannya.
|
|
|
Rasidah
Jan 31, 2005 2:35:18 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 31, 2005 2:35:18 GMT -5
sdr ain, sampaikan salam saya pada Rashidah. saya turut bersimpati serta mendoakan kesihatannya. [glow=red,2,300] hari ni sek ain cuti ,insya'allah akan ain sampaikan salam ...pasti dia gembira ni.. [/glow]
|
|
|
Rasidah
Jan 31, 2005 2:43:58 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Jan 31, 2005 2:43:58 GMT -5
[glow=red,2,300] Majlis penyampaian hadiah kecemrlangan pelajar telah pun dilaksankan semlm,tapi malangnya Rasidah tak dapat bersama kami ketika itu....sedih terasa dikalangan kami...
Rasida telah pun keluar dari hospital...sebelum majlis tersebut kami guru-guru dan pelajar melawatnya di rumah...keadaannya masih lemah. kami semua bagi dia semangat berjuang melawan penyakitnya...
Pada saya dia sempat berpesan "kakak jagalah juga kesihatan,saya lihat keadaan kakak semakin kurus, Jangan sidah bimbangkan saya,...saya masih kuat boleh memadu dan jalan-jalan... harapan kami biarlah dia cepat sembuh dapat bertugas seperti biasa...
[/glow]
|
|
|
Rasidah
Feb 20, 2005 5:49:53 GMT -5
Post by Puteri Bayu on Feb 20, 2005 5:49:53 GMT -5
[glow=red,2,300] sebelum cuti tahun baru cina bermula aku terpaksa pulang ke semenanjong kerana urusan penting yang perlu diselesaikan,aku serahkan tugasku kepada penolong kanan1(PK1).
Aku pesan juga kepada Rasidah ketika menziarhnya di rumahnya,'jaga diri baik-baik rehatlah sepenuhnya cuti sidah saya luluskan'
Sekembali aku dari semenanjong,aku dapati sidah dah pun pulih seperti dulu tapi masih bercuti. Semalam aku berkunjung ke rumahnya kerana jemputan kenduri doa selamat ,Alhamdulillah nampaknya dia dah pun pulih,dan berisi sedikit... Kami semua turut gembira dengan kesihatannya... Esok dia akan mula bertugas.
[/glow]
|
|
|
Rasidah
Feb 26, 2005 10:43:46 GMT -5
Post by sanggabuana on Feb 26, 2005 10:43:46 GMT -5
Alhamdulillah...semoga kesihatan Rasidah akan semakin baik,walaupun pu3 mencemaskan kesihatannya tapi pu3 mesti jangan lupa menjaga kesihatan diri pu3 juga yer....salam kenal n semoga cepat sihat kembali buat Rasidah dari ian
|
|