Post by latiptalib on Jan 5, 2005 5:40:26 GMT -5
[glow=red,2,300]Tujuh tahun kemudian, keadaan sudah berubah. Lembah ranum yang dulunya hutan tebal kini telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit. Di tengah ladang itu kelihatan sebuah banglo dua tingkat. Atapnya warna biru manakala dindingnya dicat dengan warna putih. Di halamannya .terdapat pokok-pokok bunga yang dijaga dengan rapi. Tidak jauh dari kediaman mewah itu terdapat sebatang sungai yang masih jernih airnya. Di seberang sungai itu terdapat beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai pejabat, stor dan bangsal kediaman pekerja.
Kerana ladang kelapa sawit itu sudah mengeluarkan hasil maka ramailah tenaga pekerja yang diperlukan. Ada yang kerjanya memetik buah kelapa sawit, ada yang kerjanya membersih kawasan ladang dan ada yang memelihara tanaman. Mereka terdiri dari penduduk kampung yang berhampiran. Namun ada juga yang datang dari jauh. Para pekerja dari luar disediakan tempat kediaman..
Di bangunan pejabat itu terdapat kira-kira 20 orang kakitangan yang bertanggung jawab menguruskan bahagian kewangan, pemasaran dan pentadbiran ladang tersebut. Terdapat juga beberapa buah lori yang digunakan untuk mengangkut buah sawit daripada ladang ke kilang.
Kerana ladang itu luas maka sebuah Kilang memproses Kelapa Sawit telah didirikan dan kilang itu beroperasi 24 jam. Selain memproses buah kelapa sawit yang d**eluarkan oleh ladang tersebut, kilang itu juga memproses buah kelapa sawit dari ladang-ladang kecil yang berhampiran.
Rumah Banglo dua tingkat yang terletak di puncak bukit itu sentiasa diselubungi suasana riang gembira. Sesiapa saja yang berkunjung ke situ pasti dapat merasakan betapa bahagianya pasangan suami isteri itu. Tambahan pula mereka telah dikurniakan dua orang anak yang lincah dan comel. Yang sulung anak lelaki bernama Fajar, berusia 5 tahun manakala adiknya seorang perempuan bernama Delima berusia 4 tahun. Pasangan yang bahagia itu ingin memiliki anak seramai yang boleh. Tetapi entah kenapa setakat ini mereka Cuma dikurniakan anak dua orang anak sahaja. Mungkin juga disebabkan kesibukan jadual tugas masing-masing menyebabkan berlakunya penjarangan anak. Si isteri bertanggung jawab dalam hal ehwal kerja-kerja di pejabat.manakala suami sibuk menguruskan ladang dan kilang. Namun kesibukan itu tidak merenggangkan perhubungan mereka apatahlagi mengurangkan kasih sayang sebagai suami isteri.
Seperti biasa tengah hari itu Syafiq dan Aghata pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Namun Aghata pulang lebih awal dari suaminya untuk menyediakan makanan. Dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan makanan kerana ada seorang tukang masak dan seorang pengasuh kanak-kanak. Kawasan Kediaman itu pula dijaga oleh seorang tukang kebun yang rajin.
Aghata dan Syafiq merupakan pasangan paling bahagia. Hidup mereka sentiasa diselubungi dengan kegembiraan. Kediaman mewah itu sentiasa dihiasai dengan gurau senda dan ketawa anak-anak. Setelah sekian lama mengharungi pelbagai suka duka kini pasangan tersebut berada di puncak bahagia. Mereka adalah pemilik ladang kelapa sawit itu. Kini mereka memiliki segala-galanya. Rumah mewah, kereta dan apa saja keperluan hidup semuanya dapat mereka miliki.
Jadual kerja harian mereka sememangnya sebuk.. Pagi-pagi lagi Syafiq sudah keluar untuk menguruskan ladang dan kilang. Begitu juga dengan Aghata yang bertanggung jawab di bahagian pentadbiran, pemasaran dan kewangan
[/glow]
bersambung