Post by penasenja on Nov 10, 2004 21:19:54 GMT -5
BULAN PUASA MANA ADA HANTU..!- baca le...sedih cite nie.
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa
cerita
Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah
gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia.
Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan
Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama
Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai
membuai sambil melayan kenangan.
Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.
Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu.
Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang
selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah
berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong
melihat
perubahan dirinya.
Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk
sampai
ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.
Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam d**enalinya orang itu.
Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit
anak
kemuncut.
Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya!
Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara
sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.
Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia
jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu
Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau
tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma
tersengih-sengih.
Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada
perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut,
selekeh dan kakinya sedikit tempang.
Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu
aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim
kelihatan murung.
Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah
ke? Naim mengubah topik.
Cadangnya gitulah!
Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan
kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!
pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,
Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim!
Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!"
kata Raiz dalam hati.
Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau?
Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi.
Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah!
Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang
betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak
ayah
aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga
diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat
betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun
dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde
sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau
dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata
dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-
sangka nasib Naim sebegitu malang.
Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah.
Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke
hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada
balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku.
Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku
nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak
peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak
ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan
kemarahannya yang terpendam.
"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau
susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung
tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya
kau ye!
Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim
menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut
kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!"
Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.
"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau
punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah
balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai
hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.
Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut
malam.
Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa
berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil
tersenyum. Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita
tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari
tidur.
Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat
ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang
lain. Berpakaian cantik dan kemas.
"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah
takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak
diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas
berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan!
Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun.
Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,
ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! Kenapa
pulak ada kat sini?! Raiz keliru. "Rumah Naim? Kau biar betul!
Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,
sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada!
Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia
duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang
tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."
terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di
malam menjelang raya.
Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz
temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya
semalam? Raiz tidak dapat menjawab, sehinggalah dia
terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah
malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye.
Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung
rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama
kita berkawan. Raya ni datang la rumah aku ye!"
Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan
kepada arwah.
"Terima kasih kerana mengingatkan aku semoga kau tenang dan aman di
sana!