|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:34:59 GMT -5
Tahun 2002. Cuti tahun ini dah merancang tak mau balik Kampung,nak melancong, dah pun pergi ke agensi pelancongan tempat yang menarik.Kira akan melawat Danau Toba ,tempat peranginan yang romatik. Selang beberapa hari panggilan dari kaklong.
“Angah balik tak cuti ni,kebetulan kan cuti sekolah lagipun kita akan menyambut raya “
“ Angah malaslah kaklong kami dah merancang nak melancong dan nak beraya tempat orang”
“baliklah angah kaklong semua family rindukan angah ,manalah tahu inilah kali terakhir kita dapat berkumpul bersama”
“ apalah merepek kaklong ni, tahun depan angah baliklah “
“ Angah mesti juga balik tahun ni ,janji dengan kaklong dulu.”
“ yelah ……..angah balik tapi kaklong bagi separuh tambang angah”
“ ok kata kaklong”
janjinya ditunaikan esok duit tambang dah pun masuk ke bankku, rakan-rakanku kata bertuah aku dapat seorang kakak yang pemurah hati,aku tahu kaklong dari dulu sangat penyayang terutama kepada adik-adiknya dan tak lokek.
Aku berangkat balik ke kampong ,kat airport ucu dah menunggu aku ,riuh mulut bercerita itu dan ini,
“ ucu mak masak apa buka puasa rindu angah akan masakan mak”
“ ehhhhh ..kami tunggu angah yang masak,kerana kami rindu masakan angah”
“ aikkkkk …….angah penatlah berapa jam di kapal terbang tak kan nak masak kot, ini kira dera tu “
gitulah kalau dah bertemu usik mengusik sakat menyakat dalam keluargaku riuh rendah dibuatnya.
Bersambung………..
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:36:10 GMT -5
Petang raya along , angah .acik ,alang sibuk kat dapur tolog mak masak,malam ni ada makan keluarga ketika buka puasa begitulah setiap kali bila berkumpul adik beradik ayah yang baca doa selamat .
" ucu ni tahu memerintah aja,tolonglah sikit " rungut along.
" semua dah kat dapur,biarlah ucu tengok aja.,lagipun ucukan anak bongsu "'
mak tak suka bising-bising, tahu aja perangai ucu yang malas ke dapur,
" mak manjakan sangat ucu tu.bebel along,kalau along tak ada nanti sapalah nak jaga mak,angah jauh,kaklang juga jauh tinggal acik aja."
" yelah mak,kena kerahkan aja ke dapur ,paksa aja " giat angah.
ucu melangkah pergi tolong ayah kat laman pasang pelita.
Ayah memberitahu,esok kita ke masjid pakai dua kereta tak muat ,kereta along dan ucu.
" Ayah ,along ,angah ucu cuti so pakai satu kereta aja muat tu" saranan along.
sunyi seketika rumah kediaman ayah ni,semua dah pergi sembahyang raya. kami tiga beradik bercerita mengimbau zaman kanak-kanak.
Along terus bertanya ,tahun depan angah kena balik juga mungkin Along tak balik,angah kena jaga ayah ,maka dan adik-adik semua.
aikkkkk.....kenapa pulak along ,angah jauhlah, yang dekatlah jaga ayah Mak. rungut angah. Walaupun jauh angahkan selalu call mereka,....yelah kata Along.
bersambung
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:36:55 GMT -5
Keesokan paginya awal lagi emak dan ayah telah bangun.Suara takbir berkumandang diradio. Aku, along dah pasti bangun cepat untuk menolong emak habiskan apa apa kerja yang masih tak beres. "Acik. alang dan ucu tak gangun lagi ke?" ayah bersuara. "Bila nak bangun tu?" Sambung ayah lagi. Aku cepat cepat kebilik membangunkan adik adik yang lain. Seorang demi seorang alang, acik dan ucu keluar dari bilik tidur. "Lauk dah siapke? Ucu lapar ni!" ucu bersuara. "Banyak cantik, tak gosok gigi dan mandi terus nak makan?" along bersuara. "Yalah. Pengotorlah ucu ni, tak gosok gigi terus aja nak makan" sampuk acik. "Acik jangan masuk campur, ucu punya pasal le!" balas ucu pula. "Dah. pagi raya pun nak bertekak, tak de kerja lain ke kau orang semua" ayah mencelah. Semua terdiam. "Hah! sapa nak mandi pergi cepat, nanti berebut pulak" tiba tiba along bersuara. Apa lagi berebutlah ucu dan acik kebilik mandi. "Biarlah ucu tu mandi dulu acik!" emak yang dari tadi diam mula bersuara. "Ya lah acik ni, biarlah ucu mandi dulu" aku pula menyampok. "Along tengoklah angah ni asyik nak menangkan ucu aja. Yalah buah hati dialah katakan" mengadu acik kepada along kerana dia tahu along sayangkan dia."Tak apalah acik, ikutlah giliran" along memberi nasihat. "Emaknya, ada apa yang nak dibantu?" ayah menujukan pada emak. "Along dan angah dah ada ni, awak tu pergilah mandi. Nanti lambat lak kemesjid tu" balas emak. Satelah semuanya bersiap maka ayah, emak, alang dan acik terus kemesjid dengan dipandu olih along. Suasana dimasjid begitu riang sambil saudara mara dan rakan berjabat tangan diantara satu sama lain. Suara takbir bergema memuji akan kebesaran Allah, berkumandang sehingga pelusuk kampong. "Hai along, bila balik?" sapa makcik Siah. "Oh makcik, pagi semalam. Makcik apa khabar?" balas along. "Baik!" pendek jawapan makcik Siah. "Nanti jemputlah kerumah!" sambung makcik Siah lalu berjalan menuju ruangan solat. Begitulah keadaanya bila along balik. Memandangkan ia seorang yang peramah maka ramai yang akan menegurnya bila berjumpa. Selesai sahaja solat, bersalamanlah diantara saudara dan rakan. Beginilah suasana beraya dikampong. Semuanya merupakan saudara belaka. Keramahan serta tegur sapa sentiasa terjalin diantara satu sama lain. Along lah yang menjadi tumpuan kerana sikapnya yang peramah serta pandai bergaul dengan sanak saudara serta rakan. Aku begitu kagum dengan sifat along. Tiba saja dirumah kami beratur untuk bersalam dengan emak dan ayah mengikut susunan umor. " Ayah, emak maafkan semua kesalahan along. Halalkan makan minum along selama ni" ucap along. Kami semua terkejut. "Apa along ni! Ada ke cakap macam tu!" tingkah ucu. " Yalah along tak baik cakap macam tu dipagi raya ni" emak pula bersuara. " Yalah ayah dan emak maafkan " balas ayah pula. Begitulah seterusnya aku, alang, acik dan ucu bersalaman dengan ayah, emak dan along. Ku perhatikan along tidak seriang seperti tahun yang sudah. "Kenapa long" tanya ku apabila bersendirian dengannya."Tak da apa angah, cuma terkenang sewaktu kecik berhari raya. Begitu riangkan kita waktu sambil bermain bunga api dan menerima duit raya!" balas along. "Ya lah long, masa dah berubah dan kita bukan lgi kanak kanak" jawab ku. "Alangkah seronoknya kalau zaman tu dapat kita tempuhi sekali lagi!" kata along. "Mana mungkin " jawab ku pula. "Bila angah nak balik?" soal along. "Hari Rabu " balas ku pendek. "Along pulak bila nak balik?" soal ku pula. "Oh, tiga hari lagi lah tapi along terpaksa balik esok sebab cuti tak panjang kali ni" balas along. " Angah mungkinkah kita dapat bertemu lagi?" soal along tiba tiba bila agak lama kami menyepi. Sekali lagi aku tersentak. "Apa along ni. Dah dua kali along kata yang bukan bukan" balas ku pula. " Tak lah, maksud along bila kita akan bersua lagi lepas raya ni. Angah tu duduk jauh. Nak jumpa bukannya senang. Tambah lagi kita sibuk dengan kerja masing masing" kata along pula."Insyaallah, kita akan jumpa lagi. along janganlah merepek yang bukan bukan" balas ku pula.
"Apalah along ni, duit raya beri sikit aja ni. Kedekutlah!" tiba tiba ucu menjelma. "His, apalah ucu ni, patut bersyukur dapat duit tu" tingkah acik pula yang turut sama keserambi mendapatkan kami. Alang pun turut keluar bila mendapati semua kami sedang berkumpul diserambi."Oklah, ni along tambah lagi" along bersuara. "Kami pun nak tambah. Mana adil kalau ucu sorang aja yang dapat lebih" alang bersuara. "Hei kan semua dah kerja, mana bolih mintak duit raya lagi" tingkah aku. "Kerja meja, ucu tak peduli. Duit raya tetap tuntut" jawab ucu. Begitulah sikap adik adik bila bersua muka dengan along."Kopaklah macam ni kalau semua nak mintak tambah" balas along pula. Namum along tetap juga menambah duit raya pada adik adik. Aku juga tidak terkecuali.Begitulah sifat penyayang along terhadap kami adik adiknya.
[ BERSAMBUNG
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:37:59 GMT -5
Along! mari tolong mak sekejap" teriak mak dari arah dapor."Yalah mak, along datang ni!" balas along lalu pergi meninggalkan kami berempat diserambi."Angah! perasan tak!" tiba tiba acik bersuara. Aku memandang kearah acik "Perasan apa?" soal ku."Yalah, apa bendanya acik?"soal alang pula."Yalah, perasan tak, along macam tak suka ya" terang acik. "Tak suka macam mana ni acik?" soal ucu pula."Cuba lihat. Along macam tak gembira pun macam tahun tahun yang lepas" terang acik. "Tak gembira? Tapi ucu tengok sama aja" balas ucu pula. " Ya lah, alang pun perasan macam tu!" balas alang pula. "Apa yang acik dan alang cakap ni?" soal ucu pula ingin kepastian. Aku cuma memdiamkan diri. "Cuba ingat, pagi tadi waktu mintak maaf dengan ayah dan emak, apa yang along katakan!" terang acik pula. Muka aku berkerut. Tergiang kembali akan kata ucapan along pagi tadi. Aku merasa tak sedap hati. Rupanya acik pun turut merasai akan apa yang ku rasai.
Kami berempat terdiam. Aku memandang muka setiap adik adik ku. Mereka pulak memandang kearah aku. Aku jadi serba salah. "Ah, Along tersasul tu" tiba tiba kata kata ini terkeluar dari mulut ku. Adik adik ku memandang kearah aku terusan. Mereka menanti apakah yang nak ku tambah lagi. "Hei, apa benda nie, ucu tak fahamlah" bentak ucu. Pandangan terhala pula kearah ucu. "Kenapa nie?" ucu terus mendesak sambil memandang setiap muka kami. "Asalamualaikum!" tiba tiba terdengar dari arah penjuru laman. Kami memandang kearah datangnya suara itu. Kelihatan beberapa orang bapa saudara ku datang bersama kelurga meraka. "Walaikumusalam!" balas ku lalu pergi mendapatkan mereka. Adik adik ku juga turut sama mengekori aku. Ayah menjenguk muka dari dalam. "Oh, kau Sahak. Mad dan Kadir pun ada! Masuklah!" ayah bersuara. Kami bersalaman dengan kesemua yang datang. Keadaan menjadi riuh rendah. Tambah lagi dengan suara supupuku yang datang. Memang mesra kami dengan saudara yang lain. Kami meniggalkan ayah diserambi melayani adik adiknya. Aku kedapor. Tiba didapor aku merenung kearah along. Begitu cekap dan pantas dia membuat kerja. Tiba tiba along memandang kearah ku. "Kenapa angah?" meletus soalan along pada ku. Aku terus gugup. " Tak ada apa, tak ada apa" aku menjawab. "Hei, apa ni angah?
Macam orang nampak hantu aja. Tergagap gagap!" tiba tiba emak bersuara. "Tak, Tu hah, pak cik, pak ngah dan pak busu datang dengan keluarganya. Ada diluar. Ayah sedang melayan mereka" aku bersuara. "Habis tu yang kau tercegat kat situ kenapa? Pergilah buatkan air. Mak nak kedepan jumpa mereka" perintah mak lalu menuju keserambi. "Ya lah mak" jawab ku pendek. " Hei angah kenapa tercegat lagi tu, tu air dah along siapkan. Pergi bawa keserambi" perintah along pula. Bagai lembu dicucuk hidung aku terus memgambil dulang lalu meletakkan beberapa cawan serta teko yang berisi air lalu menuju keserambi. Ikut dibelakang ku along sambil menatang sebuah dulang berisi kuih muih. Alang, acik dan ucu tidak kelihatan. Entah kemana mereka tu bisek hati ku. "Hah, along apa khabar?" sapa pak cik. "Bila balik sini?" soal pula mak busu. "Baik aja pak chik, along balik sini pagi semalam" jawab along mesra."Bila kau balik kesana pulak?" soal mak ngah. "Esok mak ngah" balas along. "Kenapa kejap aja?" soal pula pak chik. "Cuti tak adalah pak chik" balas along pendek. "Hai setahun sekali pun tak ada cuti? Pelik" tingkah mak busu. "Cuti tu ada tapi tak dapat ambik sebab ramai yang nak bercuti" balas along. "Jemputlah minum semua, along nak kedapur" along bersuara lalu pergi meninggalkan serambi.
Aku tergaman. Berbagai soalan bermain d**epala. "selalunya along tak macam ni" bisek hati kecil ku. " Apa hal ni?" hati ku terus berkata kata. Aku bangun dan terus kedapor mencari along. Dia tak ada disitu. Aku lalu keluar dari pintu dapor menuju ke pokok rambai dibelakang rumah. Aku tahu along akan berda disitu. Disitulah tempat kegemarannya. Kelihatan along buai. Aku menuju kesitu. "Oh angah, buat teperanjat along aja"kata along sebaik saja aku merapati dia. "Along, kenapa ni? along ada masaalah ke?" soal ku." Tak, along ok aja, cuma penat. Semalam banyak kerja yang nak dibereskan. Tidor lewat pulak tu" terang along. Aku menganggukkan kepala.
bersambung
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:39:00 GMT -5
"Oh long! esok jam berapa nak balik?" soal ku satelah agak lama kami membisu. "Macam biasalah, lepas suboh along dah nak balik" balas along. Dalam apa jua along pasti nak cepat. "Kenapa awal sangat? Tunggulah agak tengah hari sikit" pinta ku. Along mamandang aku. "Tak bolihlah angah,
banyak yang nak dibuat dirumah nanti. Nak basuh baju, nak kemas rumah dan berihat. Agak penat nanti!" ujar along sambil mula bangun dari buaian. "Along nak kemana pulak?" soal ku sambil mengekorinya dari belakang. "Along nak pergi rumah Makciik Siah kejap. Angah nak ikut ke?" balas along. "Tak nak lah, nanti kena lecture sebab jarang balik.Along bukan tak tahu Makcik Siah tu" balas ku sambil melencong masuk kedalam rumah. Aku terus kedapur. Ucu dan acik ada disana sedang menikmati ketupat. Aku pun duduk sama dan menikmati ketupat bersama mereka. "Along mana angah?" soal acik memecah kesunyian."Yalah, mana dia, tak nampak pun" sampok ucu.
"Dia kerumah Makcik Siah! Emak, ayah mana?" soal ku pula. "Pergi rumah tok ketua, lepas tu nak kerumah pak imam" jawab alang yang tiba tiba masuk kedapur dan duduk disebelah ku."Acik, cuba sambung apa yang nak acik cakapkan pagi tadi" kata alang dan memandang kearah acik. "Nak sambung apa?" soal acik. "Yalah alang, nak sambung apa nie?" sampuk ucu. " Pagi tadi, tentang along" jawab alang. "Entah lah, acik dah lupalah!" jawab acik."Angah, nanti ucu hantar angah keairport ya" ucu bersuara. "Angah tak kisah siapa pun, janji sampai" ujar ku. "Acik pun bolih ikut" sampuk acik."Tahun ni macam tak best aja" ujar alang pula. "Nak best macam mana?" soal ku pula."Yalah alang, nak best macam mana lagi" kata ucu."Bagi ucu
best saja, macam tahun tahun yang sudah. Tambah lagi kita semua adik beradik dapat berkumpul" sambung ucu lagi."Ye.....duit raya pun banyak" tingkah acik pula."Ye lupa tentang duit tu" sampuk ucu lagi. Satelah makan aku mengangkat pinggan yang kotor kesinki untuk dicuci."Angah cucikan ucu punya sekali!" ucu berkata sambil menghantarkan pinggan yang digunakan. "Pemalas betul ucu ni, dah besar panjang pun tak bolih cuci pinggan sendiri" ucap acik."Macam mana nak kahwin nanti?" sambung acik. "Hah ya! acik tu rajin sangat ke?" sampuk ucu."Kalau tak nak basuh tu bawak kemari, angah cucikan" aku mencelah. Begitulah telatah adik adik bila dah berkumpul. "Angah! flight pukul berapa?" soal ucu."Flight jam 2 petang" ujar ku. Satelah
siap membasuh pinggan aku pun keluar dari dapur menuju keserambi. Adik adik ku ikut sama keserambi. Aku melabuhkan punggung keatas kerusi lalu mencapai sebuah majalah. Kami diam. Sehelai demi sehelai muka majallah ku buka mencari bahan yang bagus untuk dibaca."Angah, hujung tahun ni ingat nak pergi rumah angahlah" ucu bersuara. "Ok, tak ada masaalah. tapi kena beritahu betul betul sebab hujung tahun ni banyak rancangan angah" ujar ku."Alang, bila nak datang rumah angah?" soal ku kepada alang."Nantilah, sekarang ni terlalu sibuklah. Tak dapat nak cuti panjang" balas alang."Acik lak bagaimana? Bila nak datang?" soal ku kepada acik pula."Jangan haraplah acik nak datang. Dia memanjang tak ada masa" sampuk ucu."Apasal lak ucu yang jawab?" soal
acik kepada ucu. "Alah tak jawab pun dah tahu!" sampuk alang.
"Nantilah angah, satu masa nanti akan sampi jugak" jawab acik kepada ku. Dari kejauhan terdengar bunyi deruman motor. Kelihatan kelibat ayah dan emak balik.Turun saja dari motor emak terus masuk melalui pintu dapur.Ayah pula menungkatkan motornya. "Mana along?" soal ayah lalu naik keserambi."Katanya kerumah Makcik Siah" ujar ku. Ayah melabuhkan punggung kekerusi."Ayah nak air? soal acik kepada ayah. "Tak payah, ayah terlalu kenyang ni" ujar ayah."Ayah kemana tadi?" soal ku pula."Rumah tok ketua.Lepas tu rumah pak imam. Dari rumah pak imam ayah terus menziarahi kubur" kata ayah. "Kenapa tak ajak angah?" soal ku."Alah,
ayah pergi dengan motor sama emak, ringkas sikit" jawab ayah. Tiba tiba emak keluar keserambi. "Mana along. Tak nampuk dia pun" soal emak pula."Mana lagi, rumah Makcik Siahlah. Kalau tak kisitu sakit perutnya" sampuk ucu pula. "Bukan macam kamu, tak nak pergi rumah saudara mara bila ada kelapangan" balas ayah pula."Kau tak kenal ke along tu ucu. Bila ada masa terluang pasti dia pergi ziarahi saudara mara" sampuk aku. " Macam tu kan ke bagus!" ujar ayah.
[ Bersambung
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:41:12 GMT -5
Makan malam dihadapi beramai. Sungguh enak sekali. Sambal goreng emak, asam rebus sayur keladi along dan beberapa juadah yang mudah belaka. Begitu
menyelerakan kami sekeluarga."Kalau dapat makan macam ni selalu kan ke bagus!" ucu bersuara. "Ucu ni lain tak ada, pasal makan saja yang dia tahu" sampuk acik. "Kan ke betul cakap ucu tu. Makan beramai ni memang akan membuka selera siapa walau pun lauknya tidaklah seberapa" kata ayah. "Memang betul tu ayah, angah setuju seratus peratus" aku pula menyampuk. "Kalau macam tu hah, makanlah banyak banyak.Along tambah nasi tu" kata emak."Yalah mak, bukan senang kita nak berkumpul sekeluarga ni. Setahun pun tak sekali.Entah entah tahun depan tak dapat lagi merasa macam ni" along pula berkata. Sekali lagi aku tersentak. Benar benar terkejut. Aku memandang kearah along. Tidak ada apa apa perubahan pada air mukanya. Aku memandang kearah acik. Acik pula memandang kearah aku. Teringat semula akan kata kata acik pagi tadi. Tapi tak ada apa apa perubahan pada wajah ayah atau pun emak. Sama ada mereka sengaja menyembunyikan persaan atau pun tidak sedar akan apa yang along katakan." Benarlah kata along tu. Angah tinggal jauh sekali. Nak balik susah. Tambang pun banyak yang diperlukan" tiba tiba emak bersuara. " Yalah , masing amsing ada tugas dan tanggung jawab sendiri. Nak balik tiap tiap tahun tu bukankah susah!" ayah pula menyampuk. Selesai makam malam ayah terus keserambi mengambil angin. Ucu mengikuti ayah keserambi. Emak pula sibuk mengemaskan lebihan lauk pauk makan tadi. Aku dan along mencuci pinggan mangkuk yang kotor. Alang pula menyusun pinggan yang sudah dicuci. Acik membantu emak mengemas meja makan.
Selesai kerja didapur along masuk kebilik. Aku mengikutinya kebilik. Acik dan alang juga memasuki bilik. Along melipat kain bajunya yang hendak dibawa balik. Acik pula memasukkan kedalam beg. "Long, bila nak ketempat angah?" soal ku sambil memerhatikan along melipat kain bajunya. "Nantilah angah. Bila ada cuti panjang along akan datang.Boilh subsid**e?" jawab along. "Gaji along kan ke banyak, tak kan nak harapkan subsidi baru bolih sampai rumah angah" jawab ku. "Ya lah along ni. Mana along pernah tuntut subsidi dari adik beradik" sampuk alang pula. "Along! kalau jadi acik pun nak ikut sama, tapi duit acik sendirilah. Tak harapkan subsidi" acik pula mencelah. "Yalah. Nanti akan kita rancangkan" balas along pula. Esok pagi lagi kesemua angguta keluarga ku telah bangun.
Ini adalah tradisi keluarga. Satelah semua bersedia, kami akan besolat berjamaah dengan imamkan ayah. Panjang sekali doa ayah pagi itu. Kami semua merasa begitu aman dan tenteram sambil mengaminkan doa yang ayah bacakan. Selesai solat along pun memunggah begnya kedalam bonet kereta. Emak pula sibuk menyiapkan sarapan pagi. "Mari semua, sarapan dah siap ni" laung emak dari dapur. Kami semua kedapur lalu duduk menghadapi juadah sarapan. Emak membuat nasi goreng untuk sarapan pagi. Sungguh berselera sekali aku lihat along makan. Emak juga membekalkan along beberapa lauk untuk dibawa balik. Satelah besalaman dengan semua angguta keluarga maka along pun meninggalkan kami menuju pulang kerumahnya. Aku mengiringinya dengan pandangan sehingga lampu keretanya hilang dipenjuru selekoh. Aku merasa sungguh sayu. Tambahan lagi aku juga akan turut meninggalkan rumah itu untuk balik ketempat aku bekerja. Tiga bulan telah berlalu. Aku selalu menghubungi keluaraga ku melalui panggilan talipon. Begitu juga yang dilakukan olih keluarga ku. Satu petang talipon ku berdering. Tiba tiba aku merasa tidak enak. Dada ku berdebar. " Angah, bolih balik tak. Along sakit tenat. Dia dah dimasukan dalam ICU" tiba tiba suara ucu kedengaran. Aku terpaku. Talipon terlepas dari pegangan tangan. "Hello! Hello! Angah! Angah!' suara ucu kedengaran melalui talipon yang berada dilantai. Aku mengambil semula talipon. "Along sakit apa ucu?" soal ku. "Entahlah tak pasti lagi. Emak dan ayah dah berada dirumah along. Ucu pun dah nak kesana ni" balas ucu. "Oklah, angah akan balik dengan segera" jawab ku. Aku terus menalipon ke Air Port untuk menempah tikit. Nasib menyebelahi aku. Ada kekosongan dalam penerbangan jam 4 petang. Aku begegas mengemas beberapa pakaian lalu memasukkan kedalam beg. Satelah mengunci pintu lalu aku terus menunggu teksi untuk keAir Port.
bersambung
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:41:58 GMT -5
Setiba diairport aku bergegas memasuki ruang legar balai berlepas lalu kekaunter tiket. Satelah membayar harga tiket aku terus check-in memandangkan waktu berlepas hampir tiba. Dalam fikiran bermain berbagai persoalan."Apakah sakit along? Mengapa dia merahsiakan dariku? Bagaimanakah keadaan dia sekarang? Apakah sempat aku sampai disana? Apakah aku akan kehilangan dia buat selamanya?" Soalan demi soalan bermain dalam fikiran. Penerbanagn itu ku rasakan begitu lambat sekali. Kalau bersayap aku hendak terbang lebih laju agar cepat sampai. Setibanya aku diairport alang sudah pun menunggu. Air matanya berderai sebaik saja aku muncul.
Tidak tahan sebak didadaku. Tampa segan silu air mata ku juga turut melurut turun dipipi. Kami berpelukan. "Apa sakit along?" soalan pertama terpancul keluar dari mulut ku. "Kenapa sampai macam ni?" soalan kedua ku bagaikan peluru keluar dari mulutku. "En....en....tahlah ang....angah. Ka...ka..ta dok.... dok...ter. di....di...a ke...ke...na kan..ser ha....ti" jawab alang terputus putus dalam sedu sedan. Bagaikan satu letusan terlepas dalam dadaku. "Kanser?" kata ku. "Kanser hati? Betul ke ni alang?" sambungku lagi. "Ya. itulah yang dokter cakap" balas alang. "Ok, jom kita kehospital sekarang!" pinta ku sambil menaiki kereta. Tapi jangan pandu terburu buru nanti kita pulak terlbat dalam kemalangan. dah cukup along sorang jangan pulak tambah lagi dua" nasihat ku pada alang. "Baiklah angah! Alang ikut cakap angah" balas alang. Kereta meluncur dengan teratur. Perjalanan yang memakan masa satu jam setengah bagaikan satu hari. Aku merenung jauh. Terkenang kembali akan peristiwa sewaktu raya yang baru lalu. Kata kata acik menjadi kenyataan. Setiba diperkarangan hospital aku terus meluru ketingkat tiga bilek 2A seperti yang diberitahu olih alang tadi. Dengan menaiki tangga aku terus ketingkat atas.
Tiba dihadapan bilek 2A ku lihat ramai sanak saudara telah pun berada disitu. Ku tatapi muka setiap mereka. Kelihatan amat sugul sekali. Perlahan aku menolak daun pintu lalu masuk kedalam. Emak dan ayah berada dipenjuru katil sebelah kanan. Sementara ucu dan acik pula berada dibelakang mereka. Mereka memandang kearahku. Air mata kelihatan berderai dipipi mereka. Disitu, diatas katil sekujur tubuh dalam keadaan koma. Alat pernafasan berada dihidung along. Aku tak dapat menahan persaan. Hati ku benar benar terpukul dengan keadaan along diwaktu itu. "Ya Allah! Kau selamatkanlah along! Dialah satu satunya kakak yang aku punya! Ya Allah! Dia seorang yang baik! Janganlah diambil dia dahulu! Aku menyayanginya dengan sepenuh hati ku" doa ku dalam hati. Olih kerana tidak tahan sebak didada aku lalu keluar dari bilek itu. Aku menangis tersedu sedu semahunya. Tiba tiba ku rasa ada orang memeluk ku. Emak ku datang memujuk. "Angah, jangan menangis begitu. Tak baik. Kalau along dengar bertambah parah dan sedih dia" katanya kepada ku. Aku tahu sebenarnya ibu cuba memujuk hatinya sendiri lebih dari ditujukan kepada ku. "Dah berapa lama along macam tu, mak?" soal ku bila tangisan ku mula reda. "Dah seminggu dia macam tu. Waktu masuk hari tu dia bolih bercakap lagi. Dokter kata tak serius" jawab emak. " Tapi kenapa baru pagi tadi beritahu angah?" tanya ku. "Along yang tak beri. Katanya tak serius. Lagi pun dia tak nk susahkan angah " beritahu ayah yang tiba tiba berada disisiku. Tiba tiba dokter yang merawat along sampai lalu terus masuk kedalam bilik. Satelah memeriksa along dia terus mencatitkan sesuatu dalam fail rekod pesakit. Kemudian dia mendapatkan kami."Bagaimana keadaan along dokter?" soal ku tampa berlengah. " Bersabar dahulu. Buat masa ini dia dalam keadaan setabil. Bolih kita berbincang didalam bilik saya" kata dokter.
bersambung
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:42:49 GMT -5
Kami mengekori dokter kebiliknya. Tiba dibilknya dokter terus duduk d**erusinya. Dia mempersilakan ayah dan emak duduk. Aku, alang, acik dan ucu berdiri saja. Kami semua terdiam sebentar. "Begini pak cik, mak cik!" dokter memulakan percakapan. " Keadaan pesakit buat masa ni stabil" dokter meneruskan penerangan."Tapi keadaannya agak tenat juga" sambung dokter.
"Sebenarnya along sakit apa dokter?" soal ku inginkan kepastian."Sebenarnya dia mengidapi penyakit barah hati. Satu penyakit yang amat sukar untuk diubati" terang dokter."Langsung tak ada ubatnya dokter?" soal ayah."Ubatnya memang buat masa ni tak ada lagi" balas dokter."Apa jalan yang ada dokter? Tolong selamatkan anak saya tu dokter" rayu emak."Yalah dokter tak kan tak ada jalan lain langsung!" sampok ku pula."Jalan yang ada cuma operation. Tapi operation tu tak bolih dibuat dihospital ni" jawab dokter."Hospital mana dokter?" soal acik yang dari tadi mendiamkan diri."Operation tu buat masa ni cuma bolih dilakukan diSingapura iaitu diHospital Universiti. Cuma disitu saja yang mempunyai seorang pakar bedah hati" jawab dokter. "Tapi saya tidak syorkan untuk pembedahan itu" tambah dokter lagi. "Kenapa pulak dokter?" soal alang pula."Keadaan pesakit sekarang amat lemah. Lagi pun dari x-ray menunjukkan keadaannya agak parah" sambung dokter lagi. "Habis apa yang bolih dilakukan dokter?" soal ku pula."Buat masa ni kita
kena observe dulu keadaan dia. Saya akan berikan ubat yang lain supaya keadaan dia lebih stabil" balas dokter."Oklah! Buat masa ini cuma ini saja yang bolih dilakukan untuk dia" sambung dokter lagi."Kalau ada apa apa perkembangan saya akan beritahu.Oklah mak chik dan pak chik saya nak teruskan kerja" kata dokter lalu bangun dan keluar dari bilek itu. Kami juga turut keluar dari bilek itu. Alang dan acik berjalan kearah bangku ditepi bilek along. Ucu bersuara " Ucu nak kekantin beli air, siapa yang nak air?" "Belilah beberapa kotak" saran ku kepada ucu. "Ok!" balas ucu pendek. Ucu meninggalkan kami. Aku, ayah dan emak memasuki bilek along. Keadaan along masih begitu juga. Tidak ada perubahan.Aku mendekati along. Tangannya ku pegang.Begitu sayu ku rasakan. Kalau bolih nak ku tukarkan diriku dengan along. Tapi apakan daya. Aku juga insan lemah. Aku pasrah akan keadaan yang ada didepanku. Aku mencapai surah Yasin lalu membacanya perlahan. Ku begitu kyusuk membacanya. Air mata berlinangan kembali. Ku ulangi bacaan Yasin itu sehingga beberapa kali.Selesai membaca aku keluar dari bilik itu lalu mendapatkan adik adik ku yang lain. Aku duduk disebelah acik. Sekotak air dihulurkan olih ucu kepada ku. Aku mengambilnya dengan lemah sekali sehingga air kotak terjatuh
kelantai.
"Angah! kenapa ni?" soal alang kepada ku. "Maafkan angah, tak sengaja" jawab ku sambil mengutip air kotak lalu memasukan straw kedalamnya sambil menyedut airnya. Baru ku sedar bahawa aku benar benar kehausan. Sejak dari pagi tadi aku tidak menghirup walau setitik air. Ku panadang muka adik adik ku. Betapa sayunya keadaan yang sedang kami hadapi. Tiba tiba ayah memanggil kami semua masuk kedalam bilik. Kami bergegas masuk kedalam bilik. Kami lihat emak sedang tersedu. Kain penutup telah pun menutupi muka along. Adik adik mula menangis. In'nalillahwa'inalilra'ji'un. Kau pergi jua. Meninggalkan kami yang masih menyayangi mu. Dari tuhan kau datang maka kepada tuhan kau kembali. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh mu. Amin ya'rabalalamin.
Tamat kisah Pergi Jua.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:44:37 GMT -5
cerita ini adalah kisah benar...ditulis bersama ain dgn abglong ,tapi lebih banyak abglong yg menulisnya...
|
|
|
Post by latiptalib on Jan 30, 2005 8:44:59 GMT -5
sebuah kisah benar yang dirakamkan oleh ain dalam bentuk cerpen. tahniah.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jan 31, 2005 2:31:22 GMT -5
[glow=red,2,300] sdr latip, ain kira nak antar cerpen ni kat minggu m'sia atau berita minggu macam mana ye???
[/glow]
|
|