|
Post by Kelipkelip on Nov 18, 2004 15:30:54 GMT -5
Episod 11.
Badrul dan Halisha dengan segera menyalin pakaian lalu bergegas mendapat datuk mereka dibelakang rumah. Kelihatan Pak Hamid sedang mengasah parang dengan tekun. Melihat kedatangan kedua cucunya, Pak Hamid berhenti lalu berdiri. "Atuk! Kami dah siap ni!" beritahu Badrul bila mendekati tempat atuknya. "Hah! Jom kita kesana. Kebun Atuk tu dibaruh kampong ni. Tak jauh dari sini!" terang Pak Hamid. Mereka berjalan beriring dengan Pak Hamid didepan diikuti olih Halisha dan Badrul. "Eh tok! Tu binatang yang hitam banyak tu apa namanya?" sal Halisha tiba tiba. Pak Hamid berhenti lalu memandang pada arah yang ditunjukkan olih Halisha "Oh tu kerbau namanya!" "Tapi tok! Kenapa pulak ada yang tak hitam, kelabu aja warnanya! tambah pula Badrul. "Warna asalnya memang hitam tapi yang kelabu tu sebab lumpur lekat dibadan. Kerbau ni suka berkubang dalam lumpur!" terang Pak Hamid. Mereka melintasi satu anak air. "Wah jernihnya sungai ni! Tu cuba adik lihat! Ikan iakan berenang dengan banyaknya" Badrul menunjuk kearah ikan kepada adiknya.
"Dulu nilah tempat yang Papa kamu paling suka sekali. Dia selalu kemari bila dimarah atau merajuk" terang Pak Hamid "Hah! Tu hah dah nampak sempadan kebun Atuk!". Pak Hamid membuka pintu pagar lalu menuju kearah sebuah pondok. Badrul dan Halisha juga mengikuti kearah pondok itu. Mereka dudok sebentar. "Eh Tok! Bau durianlah!" kata Badrul. "Along ni! Hidung tajam sangat!" balas Halisha. "Ya Along! Adik! Sekarang ni musim durian. Mari kita pergi kutip mana yang dah gugur!" jawab Pak Hamid. Badrul dan Halisha segera bangun lalu menuju kepangkal pokok durian dihujung kebun itu. "Along! Ni adik jumpa sebiji durian!" teriak Halisha lalu mengutip durian yang dijumpainya."Along pun pun jumpa juga!" balas Badrul. Mereka begitu gembira dan berulang alik membawa durian yang dah gugur. "Wah memang rezeki kau orang! Ni durian emas namanya! Isi dia nombor satu dalam kumpulan durian. Tahun ni menjadi pulak. Mari atok bukakan" terang Pak Hamid.
Bersambung episod 12.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 18, 2004 17:11:44 GMT -5
Ain! Abg Long tak ada apa apa bantahan. Terpulanglah pada Ain sendiri. Cerita kau pergi jua tu dah habis ditulis maka bolihlah tapi cerita ni belum lagi. Tak pasti samada bolh ditammatkan atau pun tidak. Ilham ni kekadang datang macam air tapi dikala lain pulak langsung tak ada. Tunggulah sehingga penamatnya. Insya'allah abglong blh tamat cerita tersebut...ain doakan...
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Dec 23, 2004 3:14:43 GMT -5
Abglong bila nak mula siri Bangau oh bangau....
|
|
|
Post by latiptalib on Jan 30, 2005 8:47:38 GMT -5
BANGAU OH BANGAU boleh dijadikan sebuah novel. cuba panjangkan cerita sehingga 300 muka surat ada penerbit yang sanggup menerbitkannya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 6, 2005 22:44:40 GMT -5
Bangau oh bangau.
Episod 12.
"Cepatlah Tok! Along dah tak sabar ni" Badrul berkata sambil mendekati Pak Hamid. "Along ni........Sabarlah! Kan Atok sedang bukakan tu...." gerutu Halisha pada abangnya Badrul. "Yalah Along......sabar tu separuh dari iman tau!" balas Pak Hamid lalu menghulurkan pangsa durian yang telah dibukanya. "Mmmmmm..........sedap betul! Sedapkan Adik!" Badrul berkata kepada Halisha. "Mmmmmm......." Halisha mengiyakan tampa berkata kata. "Hah! Kalau gitu makanlah puas puas cu! Tu banyak lagi....Nanti Atok bukakan lagi..." Pak Hamid tersenyum melihat gelagat kedua cucunya. Dia merasa terhibur. Terubat hatinya. "Kalau lagi dulu mereka selalu datang alangkah bagusnya" bisek Pak Hamid dalam hatinya. Tampa disedari air mata jernih menitis turun dari kelopak matanya. "Eh Tok! Kenapa Atok menangis? Along dah buat salah ke?" tiba tiba Badrul berkata bila perasan air mata Pak Hamid menitis. "Yalah Tok! Kenapa? Kami ada buat salah ke?" Halisha pula bertanya. "Eh! Tak ada apa apalah cu! Atok gembira ni! Yalah bila lihat cu berdua ni gembira makan buah durian tu!" balas Pak Hamid sambil mengesat air matanya.
"Patutnya dari dulu lagi Papa kamu bawa kamu semua balik kekampong ni! Atok dan nenek kamu rindu nak tatap wajah anak cucu. Manalah tahu kalau kalau tak ada kesempatan nanti!" Pak Hamid berkata sambil mengusap rambut Badrul. "Ni kan kami sekeluarga dah balik jumpa Atok dan Nenek! Sepatutnya Atok senyum tawa gembira. Ni tak! Atok nangis pulak!" Halisya bersuara satelah agak lama berdiam. "Hah tulah kamu semua tak faham! Ada tangis kedukaan dan juga ada tangis kegembiraan! Tapi yang ni ialah tangis kegembiraan! Sampai juga hajat Atok nak lihat wajah kamu sebelum menutup mata!" jawab Pak Hamid. "Atok! Janganlah cakap macam tu...Kami dah balik ni......!" sampok Badrul. "Yalah Atok! Kan kami dah balik ni.....Nanti bila ada cuti panjang Adik akan ajak Papa dan Mama balik lagi" pujuk Halisha pula. "Dah! Dah! Makan durian tu......Nak lagi?" Pak Hamid menjawab dengan memesongkan butir bicara. "Eh! Dahlah tu Atok! Along dah kenyang ni!" jawab Badrul. "Adik pun dah kenyang juga Atok!" Halisya pula menyampok. "Baiklah.....nanti kalau kamu nak lagi beritahu Atok! Atok buka yang baru!" jawab Pak Hamid.
"Atok! Badan Along rasa panas ni!" beritahu Badrul sambil membuka baju. "Ha! Ha Ha! Memanglah bila makan durian badan kita akan merasa panas! Ni hah! Minum air dalam pangsa durian ni! " Pak Hamid berkata sambil menuangkan air minuman kedalam satu pangsa durian lalu dihulurkan pada Badrul. Badrul mengambil lalu dengan segera meminumnya. "Adik! Kamu minum yg ni...." Pak Hamid memberikan satu lagi pangsa durian yang berisi air. Halisya menyambut lalu meminumnya. "Eh! Dah kuranglah panasnya Atok!" Badrul bersuara. "Tulah petua oarang tua bila kita makan durian" terang Pak Hamid. "Oh ya ke Atok?" soal Halisha pula, "Tapi Papa atau Mama tak pernah pun beri tahu hal ni!" balas Halisha pula. "Sekarang ni ramai orang Melayu kita dah tak mahu percaya petua petua lama ni. Yalah dah moden.....zaman sain ni semuanya dah dilupakan orang!" terang Pak Hamid.
Bersambung episod 13.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 7, 2005 2:54:30 GMT -5
Bangau oh bangau
Episod 13.
"Hah...tu pun Nenek dangan Mama datang Tok!" beritahu Halisha demi terpandang aja kelibat dua wanita menuju kepondok. Kelihatan ditangan mereka menjinjit sebuah bakul setiap seorang. "Ma! Mari makan durian.....Sedap ni!" teriak Badrul. "Nek! Apa yang Nek bawa tu?" soal Halisha bila kedua wanita itu menghampiri mereka. "Ni hah...Nek bawakan nasi! Untuk makan tengahari kau berdua dengan Atok kamu!" balas Mak Timah lalu dudok dihadapan Halisha.
"Eh Nek, Ma.....Adik tak mahu makan....Dah kenyang ni!" jawab Halisha. "Along pun Ma!" Badrul menyampok. "Hah! Kenyang? Apa yang Along dan Adik makan?" soal Mak Timah. "Along makan durian tadi....durian tembaga tau...Ma!" jawab Badrul. "Ya Ma! Banyak tadi Adik dengan Along makan!" sahut pula Halisha. "Awak tu Paknya.....Kalau ya pun janganlah benarkan budak budak tu makan banyak sangat durian tu! Tengok ni.....mereka dah tak mahu makan nasi pulak!" gerutu Mak Timah pada suaminya. "Alah sikit jer tadi tu. Aku lihat suka sangat mereka makan....tulah aku bukakan dua biji durian tembaga tu" balas Pak Hamid.
"Banyak juga buah durain kali ni Ayah!" sampok Salmah. "Alhamdulillah Sal! Dapatlah anak cucu merasa kali ni. Tahun lepas tu langsong tak berbuah pokok tu" jawab Mak Timah. "Agaknya kan Ma....Pokok tu tunggu Along dengan Adik balik tak!" Badrul berseloroh. Mereka semua tergelak. "Apalah Along ni.....Ada pulak pokok bolih tunggu orang balik!" balas Halisah pada abangnya. "Kau nak rasa Sal?" soal Pak Hamid sambil mengopek sebiji durian yang berada disisinya. "Eh nak jugalah Ayah!" balas Salmah. "Eh Ma! Durian ni spesel tau! Atok kata ni durian tembaga" terang Badrul pada Mamanya. "Yalah.....Along! Sedap rasanya!" Salmah mengiyakan kata Badrul. "Tapi Ma....Kenapa durian yang Papa selalu beli kat bandar tu tak macam ni sedap?" soal Halisha. "Yang tu durian dari Thailand. Buah dia tu masak layu. Mereka petik sebelum cukup masak. Sebab tu baunya sunggoh kuat tapi isinya tak manis macam ni" terang Pak Hamid. "Tapi yang ni dah betul masak. Bila dah cukup masak..... dia akan gugor sendiri" tambah pula Mak Timah.
"Eh Papa mana? Tak nampak pun!" soal Badrul. "Papa kau pergi jumpa kawan kawan lama dia" terang Salmah."Apa lagi yang ada kat kebun ni Tok?" soal Halisha. "Eh macam macam jenis buah buahan. Tapi buah rambutan baru aja nak mencelah masak. Buah duku dah abis" terang Mak Timah. "Apa Ayah tak jual ke buah durian ni?" soal Salmah. "Ada...tu siRashid, anak Pak Ngah kau...dia nanti datang beli cara borong" terang Pak Hamid. "Berapa harga yang dia ambil Tok?" soal pula Halisha. "Alah murah aja! Satu kilo 80 sen aja" terang Pak Hamid. "Eh murah sangat tu Tok! Kat bandar sana dia orang jual Rm2.80 satu kilo. Tu pun bukan yang jenis baik. Kalu yang baik sampai Rm4.80 satu kilo tau Tok" terang Badrul. "Minggu lepas Papa beli 3 biji yang agak baik......dia bayar Rm3.90 satu kilo. Tapi isinya taklah sesedap yang ni" sambung Halisha pula.
Bersambung episod 14.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Feb 11, 2005 5:33:46 GMT -5
Bangau oh bangau
Episod 14
"Rasa Atoklah tu tentu durian dari Thailand. Sekarang ni memang banyak terdapat kat sini. Tapi tak bolih lawan dengan durian Atok ni!" terang Pak Hamid. "Yerlah Tok....Baunya bukan main lagi tapi bila kita makan.......... rasanya tawar aja" sahut Badrul. "Mungkin tu masak layu tu.......sebab tu tak manis!" Mak Timah pula mencelah. "Masak layu? Macam mana pulak tu Nek?" soal Halisha. "Masak layu tu maksudnya masak yang diperam. Bukan masak secara semula jadi" Pak Hamid memberikan penjelasan. "Abis Tok....yang kita makan ni masak betullah! Macam mana kita nak tahu pulak?" soal Badrul pula. "Kalau masak semula jadi, buah durian tu akan gugur dengan sendiri" jawab pula Mak Timah. "Oh gitu! Patutlah kita kena kutip tadi. Ingatkan Atok petik dan biarkan dekat situ!" Halisha bersuara. "Eh Sal.....tu hah...Makanlah durian tu. Jangan pulak kau cuma lihat aja!" Mak Timah berkata sambil bangun mengambil beberapa biji lagi durian dari dalam bakul diluar pondok.
"Berapa banyak pokok durian yang ayah ada?" soal pula Salmah sambil memakan durian yang berada didepannya. d**ebun ni adalah sebanyak lebih kurang tiga puluh batang. Tapi yang berbuah cuma ada lebih kurang dua puluh batang. Tapi buah yang baik tu cuma ada tujuh batang aja yang tinggal." Pak Hamid memberikan penjelasan. Pak Hamid bangun lalu turun dari pondok menuju kebaruh kebun itu. Badrul juga bangun mengekori Atoknya. Pak Hamid mengumpulkan durian yang bertaburan kedalam bakul lalu diangkut dan diletakkan ditepi pondok. Badrul merayau hingga kehujung kebun. Disitu terdapat satu anak sungai yang jernih airnya. Dia dudok lalu memerhatikan anak anak ikan berenang. Burung burung berkicauan dari ranting keranting. Sungguh nyaman suasana disitu. Memang jauh berbeda dari persekitaran yang biasa dilaluinya.
Tetiba muncul Halisah dari belakang. "His Adik ni......Buat teperanjat Along aja! Lain kali bersuara!" gerutu Badrul. "Maaflah Along! Adik bukan sengaja nak buat Along teperanjat. Adik tengok Along kyusuk memerhatikan sekeliling. Apa yang Along perhatikan?" balas Halisha. "Tak ada apalah Adik! Along cuma menikmati keindahan pandangan dan suasana yang aman ni. Kat bandar tu mana kita bolih jumpa suasana macam ni. Kat taman pun bising dengan kenderaan" terang Badrul dengan panjang lebar. "Yalah Along..... sunggoh aman dan tenteram. Udaranya pun bersih. Cikgu Adik kata udara yang bersih macxam ni membuatkan kita sihat" sahut Halisha pula. "Betul tu! Sebab tu kita lihat Atok dan Nenak tu cergas dan masih kuat lagi walau pun umor mereka dah banyak." sambung Badrul. "Eh Along! Apa kata kita buat satu karangan mengenai pengalaman kita semasa dikampong. Nanti kita masukan dalam majallah sekolah. Tentu menarik!" cadang Halisha. "Eh baguslah cadangan Adik tu. Hari tu sebelum cuti Cikgu Along ada suruh buat saku karangan mengenai apa yang kita buat semasa cuti. Ni dah cukup bagus" Badrul mengiakan kata Halisha. "Dahlah Along! Mari kita balik.... Tu hah Atok dah panggil kita!" Halisha berkata lalu berjalan menghala kearah pondok. Badrul juga bangun lalu mengekori adiknya.
Bersambung episod 15.
|
|