|
Post by Kelipkelip on Oct 30, 2004 22:13:34 GMT -5
Guruh berdentum. Hujan masih mencurah.Disana sini kelihatan lopak lopak air. Keadaan basah dimerata tempat. Keadaan keliling suram bersama rintik hujan. Begitulah yang bergolak dihatinya. Johari, seorang usahawan yang berjaya berdiri ditingkap. Pandangan matanya menerbus keluar. Menembusi rintik hujan. Melepasi kelam senja. Kesuramam senja itu bersarang dalam jiwanya. Dia melangkah dari tingkap lalu melabuhkan punggung diatas sofa lembut disudut ruang tamu. Cerbisan kertas diatas meja cermin diambil lalu ditatapinya. Dah kesekian kali helaian kertas itu dibeleknya. Mencari jawapan. Mencari kepastian. Mencari keputusan. Dia mecapai kotak rokok lalu mengeluarkan sebatang rokok lalu dinyalakan. Dia mennyedut dalam dalam lalu menghembuskan asap dengan perlahan. Cebisan kertas diletak semula diatas meja cermin. Dia bersandar.
Tiba tiba keluar seorang wanita menghampirinya. Wanita itu melabuhkan punggung lalu duduk berhadapan Johari. Wanita itu memerhatikan gerak geri Johari. Johari bagaikan berada disatu tempat asing yang jauh. "Abang!" bersuara wanita itu. Tiada jawapan. "Abang!" sekali lagi wanita itu memanggil. Masih senyap tampa jawapan. "Abang!" wanita itu bersuara lagi dan lebih kuat. "Errr! Eh! Oh Sal! Buat abang terperanjat aja!" jawap Johari tersedar dari lamunan. "Kenapa bang? Sal panggil pun tak sedar!" soal Salmah. "Maafkan abang! Abang tak sedar tadi!" jawap Johari. "Yalah! Apa yang abang fikirkan? Jauh nampaknya abang mengelamun!" balas Salmah. "Eh mana Bad dan Isha? Tak nampak pun mereka? " soal Johari bertanyakan anak anak mereka. "Ada dalam bilek tu! Sedang ulangkaji pelajaran mereka. Kan peperiksaan tak lama lagi!" jawab Salmah. "Baguslah kalu gitu!" balas Johari. "Eh bang! Soalan saya tadi masih tak dijawap!" soal Salmah sambil mencapai helaian akhbar dari atas meja. Salmah membelek dari satu muka surat kesatu muka surat. Salmah mengangkat muka merenung muka suaminya. Masih menunggu. Masih menanti jawapan. Johari mengambil helaian kertas yang dibacanya tadi lalu dihulurkan kepada Salmah. "Apa tu bang?" satu soalan keluar lagi dari mulut Slamah sambil mencapai helaian kertas itu. "Tu surat dari Abah dikampong!" balas Johari sambil memerhatikan riak muka isterinya. "Dari Abah dikampong?" Salmah menyoal. "Ya dari Abah saya dikampong!" sahut Johari.
"Eh selama ni tak pulak abang sebut hal ni! Abang kata dah tak ada keluarga lagi! Kenapa tiba tiba timbul pulak surat dari kampong?" Salmah bertanya sambil menatap muka suaminya. "Apa maksudnya ni bang?". Johari berdiri. Dia berjalan menuju ketingkap. Salmah cuma memerhatikan saja. Surat ditangannya dibaca. "Eh betul ke ni bang?" soal lagi Salmah. Johari dudok kembali. "Cuba abang ceritakan satu persatu!" pujok Salmah. "Ya! Betul!" pendek saja jawapan dari Johari. "Abang minta maaf Sal kerana merahsiakan hal ni dari pengetahuan keluarga kita!" Johari memulakan cerita. "Memang abang masih ada keluarga dikampong. Selama ni abang sengaja tak mahu ceritakan. Tapi hari ni akan abang huraikan satu persatu" tambah Johari lagi. "Tapi rasanya baik Sal panggil Bad dan Isha. Biar mereka sama mendengar dan tahu cerita yang sebenarnya" pinta Johari. "Baiklah bang! Sal rasa tu satu keputusan yang baik. Biar mereka tahu cerita yang sebenarnya. Nanti Sal pergi panggil mereka" kata Salmah lalu bangun menuju kebilik anak mereka.
Bersambung episod 2.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 1, 2004 6:50:58 GMT -5
masih menunggu episod 2........
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 1, 2004 9:01:22 GMT -5
Episod 2
"Bad! Isha! Mari kemari! Papa kamu panggil!" panggilan Salmah kedengaran. "Kenapa Ma?" soal Badrul yang mula mula menjengah muka dipintu bilek. Kemudian kelihatan seoarang anak gadis keluar dari bilek menuju kearah Salmah. "Ada apa Ma?" soal pula gadis itu. "Tu hah! Papa kamu ada nak beritahu sesuatu. Jom cepat keruang tamu!" tegas Salmah sambil berjalan menuju ruang tamu. Kedua anak muda tadi mengekori dari belakang. "Pa!" pendek sapaan dari Badrul sambil duduk disofa bersebelahan Johari. Halisha pula melabuhkan punggung disofa berhadapan Johari. Disebelahnya duduk pula Slamah. "Kenapa Papa panggil kami Pa?" soal Halisha. "Yalah Pa! Penting ke?" tambah pula Badrul. Johari memandang muka kedua anak anaknya dengan tersenyum. "Hah! Ni tentu ada apa apa ni!" teka Halisha sambil merenung muka papanya. Berbagai tanda tanya bermain difikiran kedua anak muda itu. "Ya! Ada perkara penting nak Papa sampaikan pada kamu berdua dan juga Mama" Johari memulakan penerangan.
"Eh kita nak pergi bercuti ke Pa?" satu soalan keluar dari mulut Badrul. "Eh Along ni! Lain tak ada. Cuti! Cuti! Cuti. Periksa pun belum habis lagi!" bentak Halisah. "Along punya sukalah nak tanya apa pun! Adik pula iri hati kenapa?" balas Badrul sambil merenung Halisah, adiknya. "Dah! Tak usah bergaduh!" Salmah bersuara. "Along tu!" mengadu Halisha. "Yalah! Tak baik kamu berdua bertengkar Along! Adik!" sahut Johari. "Begini!" Johari memulakan cerita. "Cuba kamu lihat ni!". "Tu surat Pa! Dari sapa?" soal Halisha. "Ya surat. Datangnya dari kampong Atok kamu dikampong!" jawap Johari. "Dari kampong? Eh tak pernah pun Papa ceritakan yang Papa ada sedara dikampong" sahut Halisha. "Apa Bad ada Atok lagi ke Papa?" soal Badrul pula. "Ya! Papa masih ada ayah dikampong! Atok kamulah tu!" balas Johari. "Semasa Papa kecil dulu Papa tinggal dikampong. Semasa habis darjah enam cikgu Papa syorkan supaya Papa ambil peperiksaan untok masuk sekolah menengah berasrama penuh. Tapi Atok kamu tak benarkan!" Johari bercerita. "Abis tu Pa?" sampok Badrul. "Cikgu Papa cuba pujok Atok kamu supaya membenarkan Papa ambil pepriksaan tu tapi Atok kamu masih berkeras tak benarkan. Jadi Papa putus asa. Namum Papa pun mengambil keputusan nekad lari dari kampong. Papa tuju kebandar".
Johari menyambung lagi " Bila tiba dibandar Papa termanggu manggu tak tahu mana nak tuju sebab tak ada sebarang kenalan atau sedara dibandar. Lalu Papa tuju kemasjid. Disitu Papa duduk disatu sudut sambil termenung tak tahu apa nak buat". " Lalu Pa?" soal Halisah penuh minat. "Papa menangis. Yalah menyesal dengan tindakkan tergesa gesa Papa lari meninggalkan kampong. Tetiba datang seorang pachik mendekati Papa. Dia bertanya siapa Papa dan kenapa Papa duduk disudut tu sambil menangis. Papa memandang muka pakchik tu lalu menceritakan semuanya. Dia bersimpati akan diri Papa lalu membawa Papa pulang. Dia menjadikan Papa anak angkatnya. Dari situ Papa meneruskan pelajaran sambil menolong dia berniaga warong." Johari berhenti. "Jadi Tok Wan dan Nek Wan tu bukanlah keluarga kandung Papa?" soal Badrul. "Ya benar tu Bad! Papa cuma anak angkat mereka" terang Johari. "Walau pun hanya anak angkat tapi Tok Wan dan Nek Wan kamu sangat menyayangi Papa macam anak sendiri" tambah Johari lagi.
Bersambung episod 3.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 2, 2004 7:10:57 GMT -5
Episod 3
"Tok Wan menanggong segala perbelanjaan Papa hingga dapat melanjutkan pelajaran keluar negeri. Sejak dari Papa lari tak pernah Papa balik kekampong. Papa terputus hubungan dengan keluarga dikampong. Tetiba aja Papa terima surat tu dari kampong" Johari menamatkan ceritanya. "Apa Papa tak pernah ke cuba hubungi keluarga Papa dikampong tu?" soal Halisha. "Ya bang! Apa abang tak pernah ke cuba hubungi keluarga abang?" soal pula Salmah. "Ada juga beberapa kali Papa hantar kad raya tapi tak dapat apa apa balasan!" ujar Johari. "Papa tak rindu pada mereka ke?" soal pula Badrul. "Eh tentulah Papa rindu!" jawap Johari. "Dah tu kenapa Papa tak balik aja kampong berjumpa dengan mereka?" Halisah menyoal. "Memang ada niat Papa nak balik kampong tapi Papa takut atok kamu masih marahkan Papa sebab lari dulu" Johari menjawap. "Eh tak kanlah Abah abang masih marahkan abang! Lagi pun peristiwa tu dah berlalu belasan tahun. Tentu abah dan emak telah maafkan abang. Tambahan lagi abanglah satu satunya anak mereka!" balas Salmah. "Yalah Papa! Isha percaya atok dan nenek tentu tak marahkan Papa lagi" sampok pula Halisha. Johari memandang muka anaknya. "Entahlah Isha! Papa pun tak pasti!" sahut Johari. "Apa kata kalau cuti persekolahan ni kita balik kampong?" soal Badrul. Salmah menganggok tanda setuju dengan cadangan anak lelakinya. "Yalah Pa! Isha nak jumpa atok dan nenek betul! Lagi pun Isha tak pernah lagi menatap wajah mereka berdua" sambung Halisha.
"Hah tu satu cadangan yang bagus! Tapi......." Johari teragak agak nak teruskan kata kata. "Alah Papa! Jangan takutlah! Nanti Isha dan Along akan pujok atok dan nenek supaya tidak marahkan Papa. Tentu mereka gembira bertemu kita!" janji Halisha papa Papanya. "Ya Pa! Along pun akan pujok mereka supaya maafkan Papa" sambut pula Badrul. Johari memandang muka Salmah."Apa pendapat awak Sal?" "Saya setuju aja bang! Saya sendiri pun tak pernah bertemu dengan mereka" balas Salmah. "Baiklah kalau semua dah setuju Papa pun setuju. Kita akan balik pada minggu pertama cuti persekolahan nanti" kata Johari. "Berapa lama nanti kita nak tinggal dikampong tu bang? Kalau bolih biarlah lama sikit. Yalah saya pun tak pernah hidup dikampong" pinta Salmah. "Nantilah saya tengok dulu berapa lama saya dapat bercuti!" terang Johari. "Horey! Suka hati Isha Ma! Pa! Sekarang Isha dah ada kampong!" sorak Halisah kegembiraan. "Tentu pemandangan kampong tu cantik ya Ma!" Badrul berkata. "Ya Bad! Suasana dikampong tu aman tenteram serata indah dengan pemandangan sawah bendang" balas Salmah.
"Papa rasa tentu dah banyak perubahan dikampong tu. Yalah dah berbelas tahu Papa tinggalkan tentu banyak pembangunan dan kemajuan yang sudah dibawa masuk kekampong tu! Papa tak pasti samada masih ingat lagi ke jalan masuk kekampong tu" sahut Johari pula. "Alah Papa! Apa susahnya! Kita tanya aja pada orang nanti " Halisah memberikan saranan. "Yalah Pa! Kita bolih bertanyakan pada orang yang kita jumpa nanti. Tentu kita tak sesat!" sampok pula Badrul. "Abang! Sal rasa lebih baik kita pergi beli apa apa buah tangan yang patut untok dibawa balik kekampong tu" usul Salmah pada suaminya. "Yalah! Nanti kita pergi membeli belah untok mencari apa apa barang yang patut dibawa balik kekampong tu" Johari menjawap tanda setuju.
Bersambung episod 4.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 3, 2004 7:11:38 GMT -5
Episod 4.
Cuti penggal persekolahan hampir menjelang. Anak anak Johari berasa girang. Mereka asyik mengira hari. Tapi berlainan dengan Johari. Dia semakin gelisah. Dia semakin gusar. Sentiasa memikirkan bagaimana nanti pertemuan dia dengan ayahnya. Orang yang ditinggalkan bertahun bertahun. Apakah riaksi dari ayahnya nanti. Gembirakah atau masih lagi marah membara. Hati Johari berbelah bagi. Rindu ada dan takut pun ada. Salmah perasan akan perubahan diri Johari. Dari sehari kesehari diperhatikan gerak laku Johari. Namun begitu dia tidak berani untok bertanya. Tapi dapak diagakkan pergolakkan yang berlaku dalam jiwa Johari.
Seminggu sebelum cuti penggal mereka sekeluarga pergi membeli belah barangan yang hendak dibawa balik kekampong. Berbagai barangan yang dibeli terutama pakaian. Johari membelikan sebatang paip. Dia tahu ayahnya gemar menghisap paip. Disepanjang minggu terakhir persekolahan mereka sekeluarga sibok berkemas pakaian dan disimpan kedalam beg yang besar. Mereka bercadang hendak duduk dikampong selama sebulan.
Tiba hari yang dinantikan, pagi lagi mereka telah bangun. Selesai sahaja solat subuh mereka pun bertolak balik kekampong. Halisha dan Badrul begitu riang sekali. Becok mulut mereka bertanya itu dan ini pada papa dan mama mereka. "Papa! Berapa jauh kampong atok tu" bertanya Badrul. "Yalah Pa, tak sabar rasanya Isha nak lihat wajah atok dan nenek" tambah Halisha. "Kampong Papa tu terletak lebih kurang 250 kilometer dari sini. Dari jalan besar kita kena masuk lebih kurang 15 kilometer lagi untok sampai kerumah atok kamu" ujar Johari. "Tapikan Ma, Along rasa terlalu seronok. Cikgu kata kalu kita terlalu seronok maka perjalanan yang jauh terasa dekat" beritahu Badrul. "Yalah tu! Betul kata cikgu tu Bad! Mama pun tak sabar nak jumpa atok kamu tu. Mama sendiri pun tak pernah jumpa mereka lagi" beritahu Salmah. "Dalam perjalanan nanti macam macam yang kita bolih lihat Bad! Semuanya indah belaka" terang Johari. "Tu Mama! cuba lihat tu! Cantik sungguh pandangan tu. Banjaran gunung tu penuh kehijauan" mencelah Badrul. "Yalah Along! Sungguh cantik sekali! Taklah macam ditempat kita tinggal tu! Penuh dengan hutan batu aja" sambung Halisha.
"Along! Adik! Kita tinggal dibandaraya. Tentulah penuh dengan bangunan pecakar langit. Sekarang kita berada diluar bandar. Pandangan disini penuh dengan kehijauan" sahut Johari. "Betul tu bang! Kekadang jemu juka saya dengan pandangan dibandaraya tu. Penuh dengan kesibukkan aja. Ni rasa aman dan tenteram sekali" tambah Salmah. "Eh Mama! Tu apa yang ditanam ditengah tengah padang yang berair tu? Macam lalang aja tu!" bertanya Halisha pada Mamanya. "Oh! Tu bukannya lalang Adik! Tulah rumpun padi!" jawab Salmah tersenyum dengan soalan anak perempuannya. "Ya Adik! Tu rumpun padi! Dikampon nanti Adik bolih lihat lebih dekat lagi!" mencelah Johari. "Eh ye ke Papa?" soal Badrul pendek. "Kenapa? Apa Along tak percaya ke?" balas Johari dengan pantas.
Bersambung episod 5.
|
|
Lin
Junior Member
Posts: 62
|
Post by Lin on Nov 4, 2004 4:59:35 GMT -5
Assalamulaikum ! Tahniah kerana berjaya melahirkan cerpen menceriakan web ain ni. Hari ni baru berkesempatan membaca...
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 5, 2004 10:44:21 GMT -5
Episod 5
"Adik tahu! Dikampong Papa tu banyak lagi yang tak pernah adik jumpa ada! Tengoklah nanti!" Johari bersuara satelah suasana agak senyap. "Ye ke Papa? Apa yang bolih kita jumpa?" soal Badrul penuh minat. "Hah disana nanti kita bolih tangkap ikan sawah seperti ikan keli, haruan, sepat dan betok" terang Johari sambil tersenyum. "Eh senang ke nak tangkap iakan tu Papa? Mama pernah ke tangkap ikan tu?" Halisha bersuara. "Ish adik ni! Mama mana pernah tangkap ikan ikan tu semua. Mama selama ni tinggal kat bandar, aman ada tu semua!" balas Salamah sambil menggelengkan kepala. "Yalah adik! Semua tu cuma terdapat dikampong aja! Tempat kita dibandaraya ni aman ada tu semua!" Badrul menyampok. "Macam cara kita bolih gunakan untok menangkap ikan tu. Kita bolih mengail, menjala, menyerkap, membentang jaring atau pun kita bolih menimba bila musim menuai" Johari memerikan penerangan. "Lah abang ni! Awak tu dah lama tinggalkan kampong. Ada lagi ke semua tu? entah entah sawah bendang dah bertukar jadi taman perumahan" Salmah mencelah. "Ye jugak ye! Entahlah! Tak tahu pulak saya bagaimana keadaan kampong tu sekarang. Tentu dah banyak perubahan" balas Johari.
"Papa! Dikampong tu ada sunagi ke?" "Eh ada! Jernih airnya. Papa dulu selalu pergi mandi sungai bila balik dari sawah. Airnya sejuk dan segar" jawab Johari. "Tapi tu dulu, sewaktu Papa belum datang kebandar lagi. Sekarang ni tak tahulah keadaannya" Johari menjawab. "Eh bang! Rasanya baik kita berhenti kat mana mana dulu! Ni dah ada waktu Zohor ni! Lagi pun abang bolihlah berihat sebentar!" Salmah memberikan cadangan. "Yalah Papa! Bad pun dah lapar ni!" Badrul mencelah. "Along ni lain tak ada! Makan aja yang dia ingat" gerutu Halisah pada abangnya. "Eh along dah lapar tentulah nak makan! Apa adik tak lapar ke?" balas Badrul. "Hah sana tu ada tempat rihat. Kita berhenti dulu bersolat dan kemudian kita makan" kata Johari sambil memperlahan kenderaan lalu membelok memasuki ketempat letak kereta. Dia memilih satu petak kosong yang redup.
Bersambung episod 6.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 6, 2004 8:27:35 GMT -5
Episod 6.
Mereka empat beranak keluar dari kereta. "Bang! Buka bonet kereta! Sal nak ambil tikar dan bekalan makanan" Salmah bersuara lalu kebonet kereta. Halisah juga turut sama. "Along! Ambil tikar ni! Pergi bentangkan kat situ dibawah pokok tu!" Salmah berkata sambil menghulurkan segulung tikar kecil. Bdarul dengan malas mnegambil lalu membentangkan tikar itu seperti yang disuruh olih mamanya. Halisha membawa bakul berisi makanan lalu menuju ketempat abangnya duduk. Johari medatangi anak anaknya setelah memastikan kereta telah dikunci diikuti olih Salmah. "Adik! Cepatkah keluarkan makanan tu! Along dah lapar ni!" pinta Badrul kepada adiknya. "Tolong malas! Asyik tahu nak makan aja Along ni" gerutu Halisha. "Eh kan ke Along tolong ni!" balas Badrul. "Apa yang Along tolong?" soal Johari. "Eh ni Along tolong per! Tolong makan!" Badrul berseloroh. Johari, Salmah dan Halisha tergelak mendengar jawapan selamba Badrul. "Kalu tak, kesian Mama! Penat penat masak tapi orang tak makan! Kan Ma!" tambah lagi Badrul sambil tersenyum.
"Ha ah! Yalah tu Along!" Salmah menjawap. "Ni hah Long! Mi goreng kegemaran Along!" Halisha menhulurkan sepinggan mi goren kepada abangnya. "Wah! Tentu sedap Mama buat ni!" kata Badrul sambil menyambut pinggan yang berisi mi itu. "Ya Along! Tentu sedap! Tambahan lagi kita makan kat sini, macam pergi piknik ajakan!" tambah Johari. "Yalah Pa! Kalu selalu macam ni tentu seronok kan Ma" Halisah menambah. "Memanglah seronok. Tapi mana bolih kita selalu begini. Adik dan Along nak kesekolah. Papa pula sibuk dengan perniagaan. Tapi sekali sekala tu bolihlah" sahut Salmah. "Ya benar kata Mama kamu tu! Tapi waktu cuti sekolah yang lain nanti kita bolih piknik macam ni. Nanti Papa uruskan cuti Papa untok cuti persekolahan ditahun depan" janji Johari pada anak anaknya. Sunggoh berselera mereka makan. Satelah selesai makan Salmah berkenas dibantu olih Halisha. Satelah menyimpan semua peralatan tadi mereka pun menuju kesurau untok menunaikan solat Zohor.
Satelah selesai mereka pun meninggalkan tempat itu untok meneruskan perjalanan.
Bersambung episod 7.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 7, 2004 8:11:57 GMT -5
Episod 7
"Papa! Lama lagi ke kita nak sampai ni?" Badrul bertanya. Keadaan ceria bertukar senyap. Kedua dua anak Johari tak seriang tadi. Mereka keletihan. "Dalam sejam sampailah kita" Jawab Johari. "Adik dah berapa kali tidor dan jaga tapi tak sampai sampai juga!" Halisha mencelah. "Adik! Along! Tidorlah dulu! Bila sampai nanti Mama kejutkan" pujok Salmah sambil memandang kebelakang kearah anak anaknya. "Abang! Kalau dah penat biarlah Sal gantikan memandu!" kata Salmah bila melihat Johari sudah kelesuan. "Eh tak apalah Sal! Abang ok lagi ni! Hah bukakan air Red Bull tu satu! Abang nak minum!" balas Johari. Salmah pun mencapai sebotol air itu sambil membukakan penutupnya lalu diberikan pada Johari. Johari mengambilnya lalu meminum sekali teguk aja. Johari kembali segar satelah meminum air itu. Dia menukarkan kaset dari album allahyarham Sudirman. Lagu "Balik kampong" berkumandang didalam kereta itu.
"Balik kampong! Oh ho ho balik kampong! Oh ho oh hati girang!" tetiba suara kedua dua anak Johari kedengaran mengikuti korus lagu itu. Suasana riang kembali bertunas dengan dendangan lagu itu. Mereka semuanya sama sama menyanyikan lagu itu. "Hah kita dah sampai pun!" teriak Johari. "Tu hah lihat tu papan tanda "Kampong Lubok Dalam"! Tulah kampong Papa!". "Horay! Kita dah sampai! Balik kampong lalalalal!" sambut kedua dua anak mereka kegirangan. "Dulu depan ni cuma ada pangkin kayu menunggu bas. Ni dah ada bangunan rumah kedai tiga tingkat. Memang dah banyak perubahan sekarang" Johari memberikan penerangan. "Eh bang! Waktu abang tinggalkan kampong ni abang berumor 12 tahun. Ni sekarang dah berapa usia abang? Dah bertahun abang tinggalkan tentulah banyak perubahannya" sahut Salmah. "Yalah Papa! Negara kita pun dah merdeka selama 47 tahun. Banyak dah perubahan yang berlaku" Halisah menyokong kata Mamanya.
"Hah Bad! Tu nampak tu! Tulah sungai yang Papa selalu berenang sewaktu kecil dulu. Ianya masih macam dulu juga, tak ada perubahan nampaknya. Airnya masih jernih dan mengalir perlahan" Johari berkata sambil menunjukkan arah sungai yang mengalir dengan jernihnya. "Depan ni dulu terletaknya surau tempat Papa mengaji dulu. Tapi bangunan papan tu dah tak ada lagi nampaknya." terang Johari lagi. "Sal! Tu hah! Lihat rumah tu! Tulah rumah girlfriend abang dulu! Agaknya dah kahwin dia!" usik Johari pada isterinya. "Hah! Papa ada girlfriend dulu?" soal Halisha. "Eh Adik! Papa tu hensomlah dulu! Sebab tu Mama terpikat!" jawap Johari sambil tergelak. "Abang ni! Dengan anak anak pun nak gurau macam tu. Malulah!" tegur Salmah.
Bersambung episod 8.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 9, 2004 6:54:03 GMT -5
Episod 8.
"Tu cuba Along lihat! Bangunan sekolah tu. Tulah sekolah Papa dulu. Tapi dulu bangunan kayu aja. Sekarang ni dah jadi bangunan batu" Johari menerangkan tentang sekolah lamanya. "Papa! Tu bangunan apa pulak tu?" soal Halisah sambil menunjukkan kearah sebuah bangunan. "Rasanya macam klinik aja tu! Tapi dulu tak ada ni. Yang ada cuma padang bola disini dulu. Wah betul betul dah berubah kampong ni. Dah banyak pembangunan yang terdapat disini" Johari menyambung penerangan. "Hah kita dah sampai pun rumah atok!" Johari berkata sambil membelok keretanya lalu memasuki perkarangan sebuah rumah yang agak sederhana besarnya. Kawasan halaman rumah itu sunggoh bersih. Pokok bunga ditanam dengan tersusun menambahkan lagi serinya rumah itu.
Seorang perempuan tua menjengah dari pintu dapor. Dia mengamati akan pelawat yang tak dijangka itu dengan penuh tanda tanya. Dari hujung halaman timbul pula searang lelaki tua merapati kereta Johari. Johari keluar dengan perlahan. Dia merenung muka lelaki tua itu. Tetiba butiran jernih melurut turun dari kelopak mata. "Ayah!" sapa Johari. "Engaku Jo!" sapa lelaki tua itu. "Ya ayah! Ni Jo! Johari!" balas Joahari lalu memelok erat ayahnya. "Kau pulang juga Jo!" balas lelaki tua itu smbil mengusap rambut Johari dengan penuh kasih sayang seorang ayah. "Ayah maafkan Jo ayah! Jo banyak dosa dengan ayah" pinta Johari sambil merenggangkan pelukan. Johari memandang pada perempuan tua itu pula. Johari terus berlari lalu memeluk emaknya. "Emak! Maafkan Jo mak. Jo berdosa pada emak" Johari berkata sambil tersedu. "Jo anak emak! Kau balik juga nak! Alhamdulillah dapat juga mak jumpa kau lagi Jo" sambut perempuan tua itu sambil tersedu sedu kegembiraan.
"Ayah! Emak! Ni Jo kenalkan. Ni Salmah, isteri Jo. Sal! Ni emak dan ayah abang!" Johari berkata sambil memimpin emaknya mendapatkan Salmah. "Ayah! Emak!" Salmah menegur lalu mencium tangan kedua dua orang tua itu. "Tu Badrul! Anak sulung kami. Yang ni Halisha anak bungsu kami!" terang Salmah. "Atuk! Nek!" sapa badrul lalu mencium tangan kedua atok dan neneknya. Perbuatan itu diikuti olih Halisha. "Wah! Dah besar cucu cucu atok ni!" kata lelaki tua itu. "Eh apa pulak tercegat disitu! Mari kita masuk kedalam cu! Sal mari kita kedalam!" ajak perempuan tua itu lalu berjalan menuju keserambi rumah. "Emak dan Sla naiklah dulu! Jo nak ambil beg pakaian yang ada dalam kereta tu" Johari berkata lalu menuju kekereta.
Bersambung episod 9.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 10, 2004 18:27:52 GMT -5
Ain cadangkan cerita yg kita tulis bersama "Kau pergi jua " dan bangau oh Bangau" kita jadikan novel ... setuju tak abglong...
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 10, 2004 22:49:45 GMT -5
Ain! Abg Long tak ada apa apa bantahan. Terpulanglah pada Ain sendiri. Cerita kau pergi jua tu dah habis ditulis maka bolihlah tapi cerita ni belum lagi. Tak pasti samada bolh ditammatkan atau pun tidak. Ilham ni kekadang datang macam air tapi dikala lain pulak langsung tak ada. Tunggulah sehingga penamatnya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 10, 2004 23:20:18 GMT -5
Episod 9.
Pak Hamid, ayah Johari menghampirinya d**ereta. "Jo! Kau tahu bertapa hamcurnya hati emak kau bila kau menghilangkan diri! Setiap hari dia berendam air mata. Kau hilang gitu saja. Tak ada kabar berita langsong" curahan hati Pak Hamid. Johari tertegun. Dia menatap muka tua ayahnya. "Ayah! Jo bukan tak mahu balik! Tapi Jo takut. Takut kalau kalau ayah dan emak tak mahu menerima Jo lagi. Walau bagaimana pun Jo sentiasa terkenangkan ayah, emak dan kampong ni" jelas Johari. "Dahlah ayah! Jo pun dah balik ni! Jo harap kita lupakan saja kisah silam. Sekarang ni Jo nak balas budi dan jasa ayah serta emak yang mana telah mendidik dan membesarkan Jo" terang Johari lagi. "Atok! Atok!" tiba tiba Badrul muncul. "Ya! Ya Bad! Apa pasal!" Pak Hamid memandang Badrul lalu mendekatinya. "Atok! Bad nak makan buah rambutan tu! Apa bolih atok prtikkan?" Badrul bertanya sambil menunjuk kearah sebatang pokok rambutan yang sedang masak ranum. Warna kemerahan sungguh membangkitkan selera. "Eh bolih aja cu! Apa salahnya. Atok tanam pokok tu pun nak beri pada anak cucu makan!" balas Pak Hamid lalu mngajak Badrul kepokok rambutan itu. Johari menggeleng kepala. "Jo! Kenapa tak bawa masuk beg beg tu lagi?" soal Mak Timah, emak Johari. "Talah mak! Jo datang ni!" sahut Johari lalu membawa masuk beg beg kedalam rumah.
"Eh mana Bad bang!" soal Salmah bila melihat anak lelakinya tidak ada bersama Johari. "Tu hah! Dengan atoknya mengait rambutan. Tak sabar sabar lagi!" rungut Johari lalu dudok diatas kerusi diruang tamu. "Apa Papa! Along makan rambutan? Heh tak patut betul. Langsong tak ajak adik sama!" Halisha bersuara lalu keluar menuju kearah pokok rambutan. "Atok! Atok ni tak sayang adik! Langsung tak ajak adik makan rambutan sama sama" komen Halisha bila mendekati Pak Hamid. "His adik! Tak baik cakap macam tu!" marah Badrul pada adiknya Halisha. "Eh sapa kata atok tak sayangkan adik! Dua dua cucu atok ni atok sayang! Hah mari sini kita makan rambutan ni" pujok Pak Hamid lalu memberikan beberapa tangkai rambutan kepada Halisha. "Eh manisnya tok! Sapa yang tanam ni?" soal Halisha. "Memang rambutan manis. Namanya rambutan gula batu. Kau nak tahu nilah hasil tangan papa kamu!" terang Pak Hamid. "Dulu atok belikan anaknya dan dia yang tanamkan. Sekarang dah keluarkan hasil!" tambah Pak Hamid. "Hah! Papa yang tanam? Eh betul ke ni atok?" Badrul bersuara seakan tidak percaya. "Eh tak kanlah atok nak bohong! Kalau kau tak percaya tanyalah nenk kamu. Dia yang jada dan bela pokok ni bila papa kamu meninggalkan kami dulu" tambah Pak Hamid.
"Tok selain dari pokok rambutan ni, pokok apa lagi yang atok tanam?" soal Badrul. "Banyak Bad! Esok kita baolih pergi kebun. Disana Bad bolih lihat berbagai pokok buah buahan yang atok, nenek dan papa kamu tanam dulu" sambut Mak Timah secara tiba tiba. Dia mendekati kedua cucunya lalu memelok dengan penuh kasih sayang. "Bad tahu! Papa kamu dulu suka makan goreng sukun. Ni ada nenek gorengkan untok kamu. Cuablah makan!" Mak Timah menghulurkan piring yang berisi goreng sukun. "Buah sukun Nek? Macam mana rupanya?" soal Halisha sambil mencapai sekeping goreng sukun lalu dimakanya. "Eh sedaplah nek!" Badrul berkata setelah mengunyah sekeping goreng sukun tu. "Hah esok kita bolih lihat macam mana rupanya buah sukun tu!" Pak Hamid mencelah. Johari dan Salmah juga datang mendapatkan mereka dibawah pokok rambutan itu. "Eh ayah! Ni pokok yang Jo tanam dulukan?" soal Johari sambil menagmbil beberapa biji rambutan lalu dimakanya. "Yalah Papa! Atok dah beritahu tadi. Pokok ni Papa yang tanam dan nenek yang bela" Halisha memberi tahu. "Eh betul ke ni mak! Pokok ni abang Jo yang tanam?" soal Slamah pula. "Eh apa! Sal ingat abang tak tahu tanam pokok ke?" soal Johari. Yang lain tergelak mendengar soalan itu.
Bersambung episod 10.
|
|
|
Post by latiptalib on Nov 12, 2004 9:40:10 GMT -5
bangau oh bangu memang elok kalau dijadikan novel tapi kena wujudkan unsur suspen, sebab terjadi peristiwa dan akibatnya.
|
|
|
Post by Kelipkelip on Nov 17, 2004 3:35:54 GMT -5
Episod 10.
Esok pagi lagi Badrul dan Laisha telah bangun tidur. Sungguh nyenyak sekali tidur mereka pada malam itu. Suasana pagi begitu nyaman dengan udara yang segar. "Along! Cuba lihat tu! Cahaya kemerahan matahari disebalik gunung tu. sunnguh cantik sekali. Kalau dapat dilukiskan alangkah bagus!" Halisha membuka bicara. "Yalah dik! Tapi sayang long tak pandai melukis" balas Badrul mengiyakan kata adiknya. "Apa yang kau orang bualkan ni?" tetiba suara Papa kedengaran. "Oh Papa! Selamat pagi Pa!" sapa Halisha seperti kebiasaan dirumah. "Pagi Pa!" Badrul juga tak ketinggalan. "Pagi! Eh! Awal lagi Along dan Adik dah bangun!" balas Johari. "Tu hah Pa! Cuba lihat pandangan disebalik gunung tu. Alangkah cantiknya dengan cahaya kemerahan mentari pagi. Kat bandar tu mana kita dapat lihat semua ni" Badrul menerangkan.
"Ya Along! Memang pandangan yang asli begini memang tak ada dibandar. Cuba dengar kicapan dan siulan burung begitu merdu" Johari menambah. "Hah kau orang berdua dah bangun! Jom kita kedapur untuk sarapan. Nenek kamu dah siapkan sesuatu yang istimewa" tetiba Salmah bersuara. "Mari Along! Adik" Johari bangun lalu menuju kedapur. Badrul dan Halisha mengikuti dari belakang. "Nek! Apa juadah pagi ni?" soal Halisha tak sabar sabar lagi. "Istimewa ke nek?" tambah Badrul pula. "Lah apa istimewanya. Ni hah kuih lepat pisang. Hah makanlah! Tuangkan air kopi tu Sal" Nenek bersuara. "Eh kuih ni kan selalu Papa beli dipasar Ma!" Badrul berkata sambil mengambil sekeping kuih lepat lalu membuka bungkusan daun pisang dan dimakan. "Wow! Sedaplah Nek! Tak sama rasanya dengan yang Papa beli dipasar tu!" terbeliak biji mata Badrul satelah merasa kuih itu. "Eh betul ke Along? Along ni pasal makan paling terer. Kayu dengan batu pun dia kata sedap!" Halisha menyampuk. "Kamu rasalah dulu Adik! Dah rasa baru cakap!" balas Badrul tak senang dengan komen adiknya Halisha.
"Yalah Along! Memang sedap!" Halisha tersenyum merasa malu akan usikannya terhadap abangnya. "Hah tentulah sedap Along! Adik! Ramuan yang digunakan semuanya asli dan pisang tu masak dengan sendiri diatas pokok" terang Atok. "Kalu sedap makanlah bebanyak cu! Tu dalam mangkok atas dapor ada lagi. Sengaja Nenek buat lebih" terang Nenek. "Atok! Lepas makan ni bolihlah kita pergi kekebun ye! Semalam Atok janji nak bawa!" tagih Halisha pada Atoknya. "Yalah! Tapi kena makan dulu! Lepas makan salin pakaian yang sesuai." Atok menjawab. "Kau nak ikut ke Jo?" soal Pak Hamid. "Malaslah saya ayah! Bukan saya tak biasa kekebun tu! Saya nak pergi menziarah kekawan lama saya" balas Johari. "Baiklah kalau gitu! Hah Along! Adik! Pergilah salin pakaian. Atok tunggu dibelakang rumah" Pak Hamid bangun lalu menuju kebelakang rumah.
Sambungan episod 11.
|
|