|
Post by Kelipkelip on Sept 30, 2005 18:33:14 GMT -5
Bahang Ramadhan kian terasa Saat Sya'aban menampal diri Dan tampa sedar berlari Meninggalkan kita sekali lagi Merentas hari dan waktu Tampa perlu kita menghitung Dalam kiraan panjang kehidupan
Ramadhan akan datang semula Menjengah menghadirkan diri Dalam rekahan nafsu insan Yang bergelodak sepanjang musim Dalam diam meraih kesedaran Buat insan mukmin yang patuh Pada yang maha Khalik
Ramadhan datang menjengah lagi Untuk mengulangi tuntutan hakiki Sambil berputar fikiran ini Bertanya pada dalam diri Apakah Ramadhan kali ini Sama seperti yang akhir kali Yang banyak dibiarkan berlalu Tampa diisi dengan ikra' dan zikir Tampa tasbih dan takbir Tampa sedekah dan ibadat Segala kesyukuran pada Illahi Kerana Ramadhan dikali ini Masih sempat kita tempuhi
|
|