|
Post by Kelipkelip on Jan 10, 2009 8:10:01 GMT -5
Untuk orang orang yang berusaha menjalankan amal dan kebajikan, dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia; dan air muka mereka pula (berseri seri) tidak dilitupi olih sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal didalamnya selama lamanya. (Yunus : Ayat 26)[/color]
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 11, 2009 3:09:27 GMT -5
Dan (ingatlah), ketika dikatakan kepada mereka: "Tinggallah dalam bandar ini dan makanlah daripada makanannya apa sahaja yang kamu sukai, dan berdoalah dengan berkata: "(Wahai Tuhan kami), gugorkanlah (dosa kami)", dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya kami mengampunkan dosa dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang orang yang berbuat kebaikan". (Al-A'raaf : Ayat 161)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 11, 2009 3:13:51 GMT -5
Yang menimbulkan kemarahan orang orang khafir; dan juga (tiap tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musoh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka; (pahala) amal yang salih. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (At-Taubah : Ayat 120)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:23:38 GMT -5
Dan jika seseorang daripada kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untok memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam), kemudian hantarlah dia kemana mana tempat yang dia beroleh keamanan. Perintah yang tersebut adalah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (At-Taubah : Ayat 6)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:26:36 GMT -5
Dan juga orang orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan juga tidak beriman kepada hari kiamat dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk buruk kawan ialah syaitan. (An-Nisa : Ayat 38)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:29:48 GMT -5
Mereka menjawab : Wahai Musa bahawasanya dinegeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (kenegeri itu). (Al-Ma'idah : Ayat 22)
|
|
|
Post by Kelipkelip on Jan 13, 2009 22:33:00 GMT -5
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (diakhirat kelak), untok membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir daripada rahmat Allah. (Ai-Isra : Ayat 18)
|
|