|
Post by putera on Aug 26, 2005 1:58:41 GMT -5
[shadow=blue,left,300] salam ... nak buat cake pantun jalan jalan ke Kuala Pilah hajat nak beli si buah jambu sebelum makan baca bismillah elakkan makan bersama HANTU [/shadow]
|
|
|
Post by tirana on Aug 26, 2005 2:56:31 GMT -5
jangan selalu pi kuala pilah kalu makan kek jangan lupa org sebelahhh..
mau order bah.. laksa serawak satu....
|
|
|
Post by Linn on Aug 26, 2005 4:16:10 GMT -5
Assalamualaikum !
Silakan datang ke Kuala Pilah Pekannya kecil sahaja Kalau sudi jemputlah kerumah Seri Menanti 13 km sahaja
|
|
|
Post by putera on Aug 26, 2005 6:58:55 GMT -5
amboi amboi .. dah berpantun lak tirana ... resipi laksa serawak lom jumpa lagi ... sabar aje yer makan nasi dekat pekan orang sebelah dalam ingatan Linn ...... makan nasi di kg Hulu kalau jumpa usah lah jemu
|
|
|
Post by Linn on Aug 26, 2005 8:42:57 GMT -5
Laksa Sarawak
Bahan-bahan (bahan utama): 1 paket bee-hoon halus 1 paket besar perencah laksa (susah dpt kat semenanjung. kene import dr swak. Bole oder ngan kwn kat atas tu.. ) 1biji kelapa parut 1/2 kg taugeh 1/2 kg isi ayam tulang ayam untuk air rebusan ikut suka 1/2 kg udang 3 biji telur ayam daun ketumbar limau nipis
Bahan-bahan (untuk sambal laksa): 2-3 sudu cili kering ditumbuk bawang merah & putih ikut suka belacan sebesar 1/2 kotak mancis minyak masak untuk menumis
Cara membuatnya: 1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat. Masukan udang, rebus sebentar kemudian diangkat. Masukan perencah laksa bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan-lahan selama 30 minit. Sementara menunggu, celur taugeh dan bee-hoon. Goreng telur dadar. Kupas udang dan siat-siatkan isi ayam. Ketepikan. Perah santan sebanyak 4-5 cawan ikut suka.
2. Selepas 30 minit, tapis perencah laksa bersama air rebusan tadi. Jangan di buang hampas perencah. Masukan air santan dan rendidih selama 10 minit. Masukan garam dan aji ikut rasa. Padamkan api.
3. Untuk membuat sambal laksa, ambil 4 sudu makan hampas perencah tadi. Blend bersama cili kering, bawang dan belacan. Tumis kesemua bahan tadi hingga naik bau. Angkat.
4. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat, udang, taugeh, telur dadar dihiris halus, daun ketumbar, limau dan sambal. Bila nak makan barulah kuah di tuangkan untuk mengelakan bee-hoon kembang.
|
|
|
Post by putera on Aug 26, 2005 9:00:21 GMT -5
[glow=red,2,300] jom kita ramai ramai serbu rumah Linn kalau lambat nanti laksa serawak abis tau [/glow]
|
|
|
Post by tirana on Aug 26, 2005 22:28:13 GMT -5
rajin mencuba pelbagai masakan,rupanya cik Linn nie yee..pasti enak rasanya..terima kaseh Linn..
|
|
|
Post by putera on Aug 30, 2005 10:14:37 GMT -5
HALOOO ..... kueh merdeka tak da ke ?
|
|
|
Post by tirana on Aug 31, 2005 3:50:33 GMT -5
Mee Rebus Istimewa...jom layann..
Bahan utk kuahnya..
500gm daging 300gm udang basah 4 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1/2 bungkus serbuk rempah sup rm 1.00 udang kering(kisar halus) 10 tangkai cili kering 200gm ubi keledek(rebus) 100gm ubi kentang(rebus) .1 kg mee kuning 250ml air garam+perasa ajinomoto
Bahan utk hiasan.. 4 keping tauhu goreng 50 sen taugeh(rendam dlm air mendidih seminit) 2 biji cili hijau(hiris nipis) 4 biji telur (rebus) bawang goreng limau nipis daun sup dan daun bawang 200gm sayur sawi(potong rebus dlm air mndidih seminit)
ok..Cara membuat kuahnya 1)firstly.. cili kering di blender bersama bawang merah+bawang putih.pastu tumis bersama rempah sup sampai naik baunya.kemudian masukkan udang kering(kisar halus) buah keras (sudah di tumbuk lumat )goreng hingga garing 2)secondly... bila dah garing masukkan daging +udang dan air biarkan mendidih sehingga daging empok 3)bila daging dah empok masukkan pula ubi kentang +ubi keledek yg di rebus dan telah di kisar halus.masak sehingga pekat..dan jangan lupa bubuh garam dan perasa ajinomoto. 4)setelah kuah dah siap masak bolehlah di hidangkan dengan mee+taugeh+sawi +daun bawang+daun sup+telor rebus+ tauhu goreng+bawang goreng+cili hijau+limau nipis(ikut citarasa anda )
mm.. misti cun habis.. gerenti cik adik atau cik abang makan sehingga menjilat mangkuk. sesuai di makan waktu petang sempena cuti merdeka..ahahha
|
|
|
Post by putera on Sept 1, 2005 9:20:53 GMT -5
alahai sedap nya .... bila eks nak rasa makanan/mee tu
|
|