|
Post by Linn on Aug 7, 2006 23:06:46 GMT -5
Ketika dibilik guru ... aku mendapat mesej dari ain menyatakan putera sahabat internet yg aktif di web ain telah kembali kerahmatullah.....Innalillah hiwain na hilalhirajiunnn.... lantas aku menghubungi no. h/setnya terdengar suara isterinya menjawab.... dalam hati-hati aku bertanya berkhabaran yang baru ku terima.... dalam sendu isterinya mengiayakan perkhabaran tersebut.... aruah telah kembali kerahmatullah selepas subuh 9.7 yang lalu selepas sesak nafas seketika... aku berbual seketika dengan isterinya.... Alfatihah buat aruah .... semoga rohnya dirahmati Allah dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman... InsyaAllah. Sesungguhnya aruah adalah seorang rakan yang baik dalam persahabatan
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Aug 8, 2006 0:01:02 GMT -5
Al-Fatihah buat arwah. Edda dapat berita dari salah seorg ahli keluarganya malam tadi. Terkejut mendengar berita tersebut.Pagi tadi selepas mendapat call dari ain.... edda sampaikan berita itu pada dia. Edda juga sempat berbual dgn isterinya.Moga Arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman.Amin.
|
|
|
Post by ~nana~ on Aug 8, 2006 6:19:52 GMT -5
Innalillah hiwain na hilalhirajiunnn....nana pun tumpang sedih juga...alfatihah buat arwah...aminn..
|
|
|
Post by sanggabuana on Aug 8, 2006 9:38:27 GMT -5
Innalillah hiwain na hilalhirajiunnn...sangga pun tumpang sedih juga....alfatihah buat arwah,Moga Arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman.Amin.
|
|
|
Post by Linn on Dec 19, 2006 3:21:49 GMT -5
Telah hampir 3 minggu ain berada di Tanah suci Mekah dan telah beberapa kali kami berbual di phone dan mesej memang selalu menjadi penghubung bicara dikala dia kelapangan. Hari ini amat menggembirakanku kerana ketika berbual dengan ain ku dapati ianya begitu ceria sekali dan suaranya menggambarkan dirinya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Alhamdulillah doaku semoga ain kembali dengan Haji yang mabrur dan kesihatan yang baik dan bertenaga kembali seperti pertama kali kami bertemu.Sesungguhnya ketika ain hendak berangkat menunaikan Ibadah Haji hatiku begitu sayu….berbagai terlintas difikiranku tetapi aku tetap mendoakan semoga ain selamat pergi dan kembali serta dapat menjalankan amal ibadah tanpa halangan dan kembali dengan ibadah Haji yang Mabrur…… InsyaAllah.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Feb 9, 2007 21:31:18 GMT -5
Assalamualaikum kepada semua, Maaf agak lama tak online sekembali dari Tanah Suci Mekah,terlalu sibuk menguruskan perpindahan kr Daerah lain. Alhamdulillah ketika di Tanah Suci ain sihat walafiat dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna atas doa sahabat keluarga. Tempat kediaman baru ain belum ada talian so belum dapat online ini pun ambil kesempatan ke siber cafe,tak sabar rasanya nak mlihat web ini... Ada banyak cerita yang akan ain kongsikan bersama ketika di Tanah Suci...Insya'allah jika talian telah pun ada di tempat kediaman baru ain akan ain coretkan pengalaman ain ketika menunaikan haji....... terima kasih kepada semua atas doa kaian semua.
|
|
|
Post by sanggabuana on Feb 17, 2007 8:00:10 GMT -5
waalaikumusalam... alhamdulillah ian panjatkan puja dan puji syukur kehadirat Allah yg maha penyayang,atas segala yg telah diberikanNya buat ain,sehingga ain telah dapat menyelesaikan ibadah haji dengan baik,dan juga selamat menempati tempat yg baru semoga untuk kedepannya akan lebih baik.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Feb 22, 2007 22:30:24 GMT -5
Sekali lagi aku ke siber,ada masaalah talian di tempat baruku,kata Jabatan Telekom cabel rosak perlu dibaiki akan memakan masa..SABAR AJALAH....
Di tempat baruku Alhamdulillah bertambah sihat.sekarang tengah musim buah,puas makan buah durian ..pagi petang dengan buah durian kegemaranku,durian,mangis,rambuatn dan habis..kini tengah musim duku dan cempedak..boring juga asyik goreng cempedak,itu juga kegemaranku,klu nak merasa jom jalan-jalan ke Daerah Pedalaman Bawah Beaufort....
Ingin aku luahkan coretan pengalamanku tapi tunggu talian di rumahku...cuti ni aku akan pulang ke Singapore menemui ayahku,setelah ibuku kembali ke Rahmatullah ayahku kesepian,mengahrapkan anak-anak ada disisinya,janjiku dengan adik-adik setelah kembali dari Tanah Suci akan aku bawa ayah ke Sabah,biarlah aku pulak yg menjaga makan minumnya....Aku ingin berbakti dengannya....Aku kini sebagai anak yang sulong setelah kaklongku juga menyahut panggilan Ilahi.
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jun 4, 2007 20:59:17 GMT -5
Assalmualaikum. di rumah masih belum ada talian, pegawai TM dah bosan tengok mukaku,boleh dikatakan setiap minggu aku terejah pejabat TM janji pegawai tu tinggal janji aja... ini pun aku ke cc kebetulan aku ke Pedalaman Atas keningau kerana ada urusan yg belum selesai.. Janjinya mungkin hujung bulan ini di tempatku ada talian...hai entahlah janji tinggal janji aja....
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 3, 2007 8:35:11 GMT -5
Hari jumaat yg lalu,aku terpaksa menghadiri mesyuarat penting di Kota kinabalu...majlis pembubran MBJ peringkat Negeri,tapi malangnya ,perlantik bagi sesi tahun 2007 hingga 2009,aku dilantik lagi di peringkat negeri..
Seronok juga jumpa kekawan ..mrk semua gembira dgn perkembangan aku semakin sihat dan berisi sikit katanya..
pegawai atasan pun turut gembira..tak sangka mereka prihatin keadaanku,mereka tahu bagaimana ketika sakitku tahun lalu inilah doa rakan teman keluarga.. Alhamdulillah Allah beri ganjaran dan kesihatan akan diriku
|
|
|
Post by ~nana~ on Feb 4, 2008 15:27:38 GMT -5
Hari ni ....paling memboringkan....
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Feb 4, 2008 17:39:37 GMT -5
kenapa pulak nana boring kesian.. ubatnya senang aja nana ..TIDURRRRRRRRRR
|
|
|
Post by ~nana~ on Feb 5, 2008 14:47:36 GMT -5
Anak ciner pergi ker bidor.. Singgah di pasar membeli ikan.. Walau pun nyenyaknyer tidor.. Mimpi ku tetap memboringkan....
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Feb 6, 2008 6:57:51 GMT -5
bawal bekal nasi dan lemak nangka singgah mengambil durian di bidur mimpi boring tak basuh basuh muka kan elok joging sebelum tidur
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Mar 24, 2008 19:49:55 GMT -5
Dah lama aku tak menulis di sini, fikiran bercelaru.. semangat utk menulis hilang begitu saja..
aku dipindahkan ke sek lain, tapi aku tak selesa..
pada aku Tahun 2006 dugaan yg paling perit aku alami Tahun 2007 aku agak tenang dlm menjalani kehidupan harian Tahun 2208 aku di duga sekali lagi,...hanya aku mohon kepada Allah semoga permudahkan tugasan di sini.. Dalam hati siapa yg tahu???
|
|