|
Post by ~nana~ on Sept 17, 2005 15:12:12 GMT -5
Lesen P
Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal.
Adala police road block ...
Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan senang macam tu ... ;D
|
|
|
Post by Diehard2 on Sept 18, 2005 10:03:19 GMT -5
tul lah tu .. awat tak habaq siang siang
|
|
|
Post by undertaker on Sept 19, 2005 2:02:22 GMT -5
apo ke bendo tuu jang
|
|