|
Post by Diehard2 on Aug 2, 2005 0:21:10 GMT -5
tapi kalau kawan makan belanja kawan tak apa kan .. mana tau rezeki akan terus bertambah berlipat lipat kali ganda lagi
|
|
|
Post by Linn on Aug 2, 2005 5:00:03 GMT -5
Assalamualaikum Jangan suka makan belanja kawan je...tapi sesekali tu eloklah juga belanja kawan tu pulak.... betul tak ? dan satu lagi jadilah kawan yang sentiasa menghormati kawan ...baik dalam keadaan apa jua pun keadaan kerana kalau kawan dah hilang kepercayaan kpd kawan.... punah ranah hancur lebur lah persahabatan kawan tu bak kaca jatuh terhempas...mulut berkata maaf tetapi didalam hati hanya Allah jua yang tahu .... satu lagi kena ingat dalam cantik ada buruknya dan dalam keburukan ada keindahannya.... pandang cantik ? isinya macam mana ? fikirkan Ishhh nak elakan dari sakiti hati kawan... Senyum dan ceria selalu
|
|
|
Post by Man_United on Aug 2, 2005 6:43:27 GMT -5
Assalamualaikum ..
kawan datang, juga kawan pergi .. silih berganti dalam seharian kehidupan dimuka bumi .. itulah juga salah satu lumrah kehidupan manusia .. yang memang tidak boleh untuk kita nafikan ..
|
|
|
Post by ~nana~ on Aug 3, 2005 0:20:09 GMT -5
w'salam ..menyu.... ;D ;D
|
|
|
Post by PelangiSenja on Aug 3, 2005 1:15:44 GMT -5
Siapa agaknya kawan baik nana.....?
|
|
|
Post by ~nana~ on Aug 3, 2005 4:26:46 GMT -5
~Nana~ tak ada kawan baik...pasai kawan kawan ~nana~ semua baik dengan ~nana~ jadi depa la ada kawan baik...hehehe...tau tak apa... ;D ;D ;D
|
|
|
Post by PelangiSenja on Aug 3, 2005 19:32:31 GMT -5
bagaimanakah caranya nak dapat kawan baik....? adakah kita kena bersedekah selalu, baru dapat kawan baik.....?
|
|
|
Post by putera on Aug 5, 2005 9:44:47 GMT -5
tak .... bila kita jumpa seseorang yang dalam kemurungan tanya dan borak lah dengan dia ... mungkin dia akan gembira dan jadikan lah dia kawan kita
|
|
|
Post by goldfish on Aug 6, 2005 10:11:21 GMT -5
Kawan baik boleh berperanan sebagai saudara sendiri. Jika kita tinggal berjauhan dari saudara mara, kawanlah sebagai pengganti.
Telah ku temui kawan-kawan sebegini. Terasa sunyi jika mereka tiada disisi. Walaupun berjauhan tetapku ziarahi, Kerna merekalah teman sejati.
|
|
|
Post by sanggabuana on Oct 14, 2005 9:16:46 GMT -5
" Kalau Anda memulai suatu persahabatan, pasti diawali dengan senyum dan keceriaan. Dan dibalik hati Anda juga ikut tersenyum dan ceria. Demikian juga seandainya Anda mengakhiri suatu persahabatan, hendaknya diakhiri dengan senyum dan keceriaan juga. Tapi jangan saling menerka apa yang terjadi dibalik hati. "
|
|
af1993
New Member
Buatlah baik selagi bernafas di dunia ini
Posts: 20
|
Post by af1993 on Jul 12, 2006 3:50:42 GMT -5
|
|
|
Post by ~nana~ on Nov 19, 2007 21:18:19 GMT -5
1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa meng hadi ahkan senyuman kpd kawan-kawannya..
;D
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 22, 2007 7:55:51 GMT -5
nanalah kawan ,sahabat yg akrab dan baik sekali.. bukan ampu tapi itulah kenyataan.. semasa ain sakit nana beri kekuatan semasa ain sedih nana hadiahkan cerita ceria buat ain ketawa.. terima kasih nana...
|
|
|
Post by sanggabuana on Nov 23, 2007 8:58:07 GMT -5
a'aa nana sahabat yang baik semoga kebahagiaan selalu menyertai semua sahabat kalau boleh sangga juga mau menjadi kawan nana
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Nov 24, 2007 22:19:06 GMT -5
sanggabuana, ian juga seorang sahabat rakan teman yg baik sekali, sering menceriakan suasana, begit juga teman-teman yg lain..
sahabat semasa susah dan senang sering bersama walaupun jauh terpisah laut cina selatan,..namum dekat dihati.. silaturrahim diantara kita ....
|
|