eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jul 7, 2006 1:05:04 GMT -5
merah ranum buah strawberi dibawa dari Mimpian Jadi minta secawan, seteko diberi kalau nak lagi disediakan sebaldi
|
|
|
Post by goldfish on Jul 7, 2006 9:27:23 GMT -5
terbang tinggi burung kedidi minum air di daun keladi hai kalau dah sampai satu baldi ku takut nanti dibuat mandi
|
|
|
Post by putera on Jul 7, 2006 9:34:04 GMT -5
banyak sungguh daun keladi tambah pula si daun nipah elok juga dibuat mandi kelak rezeki melimpah limpah
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 7, 2006 10:31:35 GMT -5
pagi-pagi penat berdiri tuan yang lalu kami tak toleh kopiku lazat buatan sendiri usahkan secawan setekopun boleh
|
|
|
Post by putera on Jul 7, 2006 11:16:21 GMT -5
selalu amalkan makanan berzat boleh lah di ajak berlari lari andai di amal kopi yang lazat bimbang tak tidur sehingga pagi
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jul 7, 2006 20:38:39 GMT -5
pergi berjumpa doktor gigi gigi patah kerana terhantuk bila tak tidur hingga ke pagi kerja tak beres kerana mengantuk
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Jul 10, 2006 22:50:07 GMT -5
rendang-rendang kelapa laut, kelapa ditanam dekat-dekat; secangkir kopi udah tertaut, dijamu seteko terus melekat.
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 11, 2006 3:49:13 GMT -5
sudah kutenung, sudah kutilek ianya kayu bukannya besi seteko kopi dah tak ingat nak balik bagaimana pula sepinggan nasi ?
|
|
cheOD
Junior Member
Posts: 68
|
Post by cheOD on Jul 12, 2006 2:24:54 GMT -5
alang-alang menjadi kelasi, hujung dunia sedia mengadap; alang-alang menjamu nasi, biar berminyak makan beradap.
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 13, 2006 5:13:36 GMT -5
Pak Malau sedia mengadap bila marahnya meruap-ruap kalau dah bersedia makan beradap bolehlah kita bertukar suap
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Jul 13, 2006 18:16:25 GMT -5
masak ranum buah kuini buahnya lebat di tepi perigi kopi Tenom terkenal di sini cuba sekali nak lagi
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 14, 2006 1:24:38 GMT -5
sudah segar anak beranak setelah terkena sidemam tikus kalau benar rasanya enak kirimkan kami barang sebungkus
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 25, 2006 11:49:44 GMT -5
rela beta mengurus rapi asalkan dapat jijak ke bumi bila diminta sebungkus kopi langsung tak jawab pantun kami
|
|
|
Post by PelangiSenja on Sept 18, 2006 8:44:44 GMT -5
laksamana kasturi gagah berani datang bersilat menunggang kuda kemana pergi adik seriyanie langsung tak jawab pantun kekandabantu mereka yang akan lemas tolong dengan menarik jambul begitu juga si ikan emas langsung tengelam tak timbul-timbul
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Sept 19, 2006 3:38:27 GMT -5
datang bersilat menunggang kuda tumpang bermalam di rumah nana langsung tak jawab pantun kekanda tentu sibuk dia di sana
kain bersepah malas nak kemas duduk termenung seharian wahai sriyanie dan ikan emas pelangi dah rindu pada kalian
|
|