eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jun 28, 2006 1:36:23 GMT -5
dari pelangi,
bersampan menghala ke pekan hendak mencari bunga melati umpan di kail ikan tak makan usahlah merajuk di dalam hati
tersusun di sanggul bunga melati harum semerbak sepanjang hari bukan merajuk di dalam hati kesibukan sering merantai diri
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jun 28, 2006 3:29:56 GMT -5
[shadow=red,left,300] masak gulai ikan terubuk beri semangkuk pada cik Zaitun anda sibuk, kamipun sibuk kita bercanda di dalam pantun[/shadow]
|
|
|
Post by putera on Jun 28, 2006 8:57:49 GMT -5
[glow=red,2,300]
ramai orang pergi Kediri tempat orang duduk melantun usah sebuk memagar diri elok ceria datang berpantun
[/glow]
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jun 29, 2006 2:38:09 GMT -5
ikan dimasak mari hidangkan hidang bersama sotong dan kerang kerja banyak perlu dibereskan datang berpantun bila dah kurang
|
|
|
Post by goldfish on Jun 30, 2006 10:00:37 GMT -5
pergi mendaki ke gunung Everess penat mendaki kekolam renang kerja sebuk menyebabkan stress bila berpantun terasa tenang
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jun 30, 2006 20:32:29 GMT -5
tendang bola melantun-lantun bola ditendang ke tengah padang bila stress bawa berpantun hilang stress buat kerja pun senang
|
|
|
Post by putera on Jul 1, 2006 11:57:00 GMT -5
waktu rehat jangan melantun agar kelak tak terkena lumpur waktu memasak jangan berpantun nanti hangus nasi kat dapur
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 2, 2006 10:04:48 GMT -5
[shadow=red,left,300]ligat sekali bekereta kancil macam terbang ke hujung langit teringat hamba diwaktu kecil masak nasi selalu hangit adik kakak nak mula perang dalam hati penuh bersarang nasi berkerak menjadi arang emak berleter dan naik berang[/shadow] hehehe
|
|
|
Post by putera on Jul 5, 2006 10:06:25 GMT -5
bintang kejora penuh di langit tampak dari si Pulau Tawar bukan sengaja nasi nya hangit mungkin api terlalu besar
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 6, 2006 10:13:18 GMT -5
sejuk kami berkerut muka melihat sejoli sedang pacaran periuk ajaib tak pernah jumpa sikayu api bahan bakaran
|
|
|
Post by putera on Jul 6, 2006 23:18:38 GMT -5
naik basikal tak ada brek abis tersasar ke Kg.Kiat pakai aja periok letrik letak nasi tunggu jer siap
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jul 7, 2006 0:45:56 GMT -5
matahari memancar terik terkena muka bagai ditampar zaman dahulu tak ada letrik tak ada kayu kami berlapar
|
|
|
Post by putera on Jul 7, 2006 9:53:42 GMT -5
pergi ke kedai membeli tali tali di beli berela ela amalkan saja ilmu 'rang asli makan ubi dan pucuk sahaja
|
|
|
Post by PelangiSenja on Jul 7, 2006 10:13:14 GMT -5
dahan jatuh menimpa bumbung memang dah lama dahan tu condong makan ubi perutku kembung angin keluar tak tahan hidung
|
|
eDDa
Full Member
Posts: 151
|
Post by eDDa on Jul 7, 2006 20:48:10 GMT -5
mulut bising terlalu becok lalu dimarah oleh mak Kasi bila dah habis ubi dan pucuk perut mencari lauk dan nasi
|
|