|
Post by Puteri Bayu on Sept 7, 2004 1:56:48 GMT -5
Cuti pertengahan semester,kembali ke tanah air memang menyeronokan, kenangan ini pasti tak dapat dilupakan. Ketibaanku di KLIA disambut oleh rakan cyber dari Seri Menanti( Lin),pertemuan pertama,hanya memberitahu yg aku memakai baju biru tudung putih,dia menyapaku terlebih dahulu," ain ke ni??" " ye saya...ain "..pelukan mesra bertambah keriangan kami pertemuan ini,aku diperkenalkan adiknya( zul)yang akan memandu terus ke destinasi ayer keruh melaka kerana di sana sudah menunggu keluargaku... Sebelum sampai ke melaka,sempat juga kami singgah di Nilai 3 utk shopping dan makan t/hari..sedap juga masakan orang N9. Dari Nilai3 kami terus ke melaka di mana keluargaku dah menunggu,pelukan kasih sayang keluarga tercinta menambah sayunya hati kerana hampir setahun tak berjumpa mereka. Aku memperkenalkan keluargaku kepada lin,zul dan edda, Majlis perkahwinan anak buahku berjalan dgn lancarnya,gembira dapat bertemu kaum keluarga jauh dan dekat lebih lagi aku yang jauh diperantauan,pertemuan ini sungguh bermakna bagiku, ada juga rakan cyber yang hadir, anaconda dan keluarga juga pertemua jejak kasih alhana. Hari Isnin aku diambil oleh lin utk ke rumahnya di seri menanti,disamping tu dapat juga berkenalan dgn badud yang akan melanjutkan pelajaranya ke Mesir ( tahniah buat badud)sempat juga kami ke port Dikson. Dapat juga berkenalan dgn penulis terkenal sdr Abdullatip,belanja makan di restoran nelayan dan dapat juga buku dari sdr Abdullatip. Bermlm di seri menanti suasana kampung begitu nyaman sekali.keesokan harinya aku bertolak ke kota singa di mana ayah mak dah pun pulang. Beberapa hari di Singapura,bertolak ke Shah Alam menyaksikan konvesyen di UiTM. Sebelum pulang ke Sabah,sekali menginap di Seri menanti kerana lin yg akan menghantar ke KLIA, sempat gak berkenalan dgn BalqisAmna dan hud-hud makan di KFC. 31 ogos aku akan berangkat balik ke sabah. di KLIA anaconda.Jazz ,AB ,Lin,zul dan abglong menghantar aku. Kepada lin terima kasih tak terhingga kerana membawa aku ke sana kemari layanan semasa di seri menanti,makanan yang enak-enak belaka tak dapat aku membalasnya,hanya Allah saja yang dapat membalsanya.
|
|
|
Post by Lin on Sept 7, 2004 6:14:00 GMT -5
Assalamualaikum ain ! Alhamdulillah dapat bertemu dengan puteribayu. Bagai mimpi bila mana kami setuju bertemu sedangkan kami hanya kenalan maya. Dalam hati ada juga debarannya... ishhh tahan ker dia dng suasana kg. Setelah mengenali ain... ketahuilah Lin bahawa ain banyak kepandaian dan luas pengetahuan agamanya.Mengenali ain juga...sedikit sebanyak dapat juga Lin buat rujukan tentang kemuskilan agama.Lin berharap pertemuan ini akan berulang kembali. Lin sedia menunggu ain kalau ain tak serik keteratak buruk Lin. hahaha... Salam manis teramat manis buat ain
|
|
|
Post by ~nana~ on Sept 7, 2004 12:12:39 GMT -5
kat ain jer ker..kat ~nana~tak mau ajak ker....
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Sept 8, 2004 5:35:45 GMT -5
Assalamualaikum ain ! Alhamdulillah dapat bertemu dengan puteribayu. Bagai mimpi bila mana kami setuju bertemu sedangkan kami hanya kenalan maya. Dalam hati ada juga debarannya... ishhh tahan ker dia dng suasana kg. Setelah mengenali ain... ketahuilah Lin bahawa ain banyak kepandaian dan luas pengetahuan agamanya.Mengenali ain juga...sedikit sebanyak dapat juga Lin buat rujukan tentang kemuskilan agama.Lin berharap pertemuan ini akan berulang kembali. Lin sedia menunggu ain kalau ain tak serik keteratak buruk Lin. hahaha... Salam manis teramat manis buat ain Insya'allah klu ada rezeki akan ke sana lagi......bak kata pepatah" tak kenal maka tak cintakan"....
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Sept 8, 2004 5:37:28 GMT -5
kat ain jer ker..kat ~nana~tak mau ajak ker.... jommmmlah nana...best tau ke Istana Seri menanti... bagai sang puteri.......
|
|
|
Post by ~nana~ on Sept 8, 2004 10:14:32 GMT -5
jommmmlah nana...best tau ke Istana Seri menanti... bagai sang puteri....... ~Istana menanti Bertakhta hati Berseri... Istana menanti Tempat kita Pasti...~
lagu Rahim maarof la pulak.... ;D
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Sept 9, 2004 5:47:03 GMT -5
nana..... teruskanlah nyanyian tu...
lagi rahim maarof tapi zahid (AF2) yg nyanyikan
|
|
anacondaJR
New Member
~~~ceria bersama selalu~~~
Posts: 6
|
Post by anacondaJR on Sept 11, 2004 9:12:27 GMT -5
Insya'allah klu ada rezeki akan ke sana lagi......bak kata pepatah" tak kenal maka tak cintakan".... ;D ...
|
|
|
Post by Honey Phoebe on Sept 11, 2004 11:10:19 GMT -5
Hai my dear cousin.. alahai kejap sangat kan kita jumpa... 22hb ogos tu ke wedding (anak saudara) kiranya kot nie lepas waktu zohor.. janji dgn deqna nak pi sama plan asal nak ambil deqna di tol air keroh plan berubah terus ke taman tasik utama air keroh.. masuk ke sana terus parking kereta di tepi kedai menunggu deqna dan rakan.. malang bermula di sini.. kereta meragam.. tetiba enjin terhenti.. peluh dah mulai berjurai turun.. aikk napa nie minyak full tank.. deqna dah pass.. call dia then turn semula.. masa tu jugak dua org polis peronda lalu.. kenapa cik? ntahlah tetiba kereta meragam.. sarjan berbangsa india cuba menolong gagal juga.. at last tolak kereta ke tepi.. jump to kereta member ina.. ke rumah pengantin.. dari jauh dah nampak father of the bride.. then nampak muka hampir sama dgn muka sendiri.. buat tekaan sendiri pasti nie ain.. yes betul juga tekaan tersebut.. bila diperkenalkan terus berpelukan... alahai ramainya yang ingin ain perkenalkan.. of course jumpa dan kenal dgn kak edda dulu then mak ayah ain.. ohh ini rupanya pak saudara dan mak saudara ku di singapore tu yg arwah abah selalu cerita.. seronoknya tup tup anak sedara call .. busu cepat org tunggu kat kereta nie.. lupa lah kereta tersadai kat bawah sana ;D excited jumpa sedara.. gedebak gedebuk at last urusan kereta settle gak .. ditarik ke bengkel... sementara menunggu dijemput balik ... ;D(macam VIP) lak.. sambung borak dgn ain.. kalau dah sedara sedarah .. rupa tu sikit lebih kurang aje.. bila lagi nak jumpa ya.... lupa nak cakap lak.. thanks to bro anaconda dan family sebab sudi berhenti tgk kat honey to keluarga pengantin.. to sedara mara kesang dan singapore , to kak edda.. insya Allah kita jumpa ya ...(* kak ain sorry lelebih lak )
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Sept 12, 2004 4:03:47 GMT -5
klu dah keluarga iras wajah tetap ada.......so bila pulak nak ke sabah ?boleh kenal dgn sepupu ain di sini...
|
|
|
Post by Puteri Bayu on Sept 12, 2004 4:05:08 GMT -5
;D ... kalau dah dipelawa pasti ke sana juga....hidangan istimewa pastikan disediakan tau...
|
|
|
Post by diela on Sept 12, 2004 5:24:18 GMT -5
Assalamualaikum Ain...saya baru jadi ahli laman ain ni, terima kasih ya Saya nak cuba reply kat sini nih... Ain memang seronok bila dapat jumpa dgn kawan-kawan siber ni. Lebih2 lagi yg dah lama kita kenal kat maya ni. Bila jumpa mereka, persahabatan menjadi semakin kukuh insya Allah. Saya teringat masa kali pertama bertemu dgn rakan siber yang paling baik dgn saya, dia datang dari jauh...Sarawak dan Sabah. Masa tu gak dapat jumpa dgn sahabat saya di KLIA. Kenangan tu masih segar dalam ingatan saya... ;D Cuma saya belum dapat jumpa dgn ain ni, harap2 kita akan dipertemukan suatu hari nanti ya...insya Allah
|
|
|
Post by HoneyPhoebe on Sept 12, 2004 10:16:19 GMT -5
klu dah keluarga iras wajah tetap ada.......so bila pulak nak ke sabah ?boleh kenal dgn sepupu ain di sini... nanti dulu bah... kena kumpul duit dulu ...
|
|
|
Post by ~nana~ on Sept 12, 2004 21:31:03 GMT -5
~nana ~pun nak cari sedara la jugak...tapi kat mana yerkk...kat Durian tunggal kot~
|
|
|
Post by Lin on Sept 14, 2004 3:51:11 GMT -5
Assalamualaikum semua ! Sibuk betul sampai tak dapat nak jengah kat sini. Eh kalau sudi jemputlah ke Seri Menanti...tapikan kena lah cakap awal-awal dan kalau bawa keluarga nk bermalam kat rumah Lin pun boleh juga... buat anaconda... boleh ...jemputlah tapi...buangkan dulu silengkar tu jejauh dulu dan buat nana pulak ...boleh hang boleh mai ghumah chek no... dengan syarat hang mai dengan keluarga hang sekali.. lepas tu chek bawak lah hang p jalan-jalan kat N.S. Buat ain ishhh lain kali kalau nak ke teratak buruk Lin biar lelama sikit... hah masa tu baru best ronda... ni tak dtg kejap jer yang sempat di masak...hahahaha... rebus kerang....tapi sedap makan dng sambal kicap yg ain buat khas kat rumah Lin...hahahaha...puas berpusing kat dapur Lin kan ain kannnn... (TST ler ) Ain hari ni adik kita sibadud berangkat ke Mesir... kenangan bersama badud tak kan lupa terutama warna kuning tu.... tetap indah buat Lin. Cantik kan ain..... Dan bagi kengkawan maya... perkenalan maya kalau betul kita manfaatkan memang indah dan jangan jadikan perkenalan dan perjumpaan indah musuh d**esudahan perkenalan. Buangkan sikap cemburu, irihati dan buruk sangka... InsyaAllah semuanya indah dan tetap inginkan ianya berulang kembali. Terima kasih buat Anaconda yang sudi memperkenalkan kami kepada Jazz dan Abby.... sesungguhnya perkenalan itu mengikatkan ukhwah yang berpanjangan sekiranya sesama kita menjaganya Senyum dan Ceria selalu buat semua
|
|